Posted on July 16, 2020
Tiga hari lalu viral di media sosial dan dunia maya tentang dad bod Zac Efron dalam dokumentari terbaru Netflix ‘Down to Earth’. Walaupun siri terbaru ini berkisar tentang kehidupan sihat dan sustainable, tetapi yang lebih menjadi perhatian ialah bentuk fizikal Zac Efron dalam siri ini. “Dad bod” begitulah panggilan banyak pengguna Twitter tentang tubuh Efron.
Program ini mengikuti bintang Baywatch ini dan pakar wellness Darin Olien mengembara ke seluruh dunia dalam lapan episod. Sepanjang lapan episod ini juga peminat boleh menonton fizikal Efron yang baru beraksi, sama ada menyelam di lagoon di Iceland atau berbogel di wellness retreat jauh di dalam hutan Amazon.
Biar ke mana sahaja Efron pergi, Twtter akan berada di situ menunjukkan rasa berahi terhadap tubuhnya yang selama ini menjadi America’s thirst trap.
Sebenarnya dad bod Zac Efron ini bukanlah seperti jangkaan kita tentang dad bod. Ia masih lagi fit untuk mana-mana standard orang biasa, malah untuk standard Efron sendiri. Apa yang membuatkan dia nampak seperti daddy ialah jambang penuh pada wajahnya.
Mungkin dia menghabiskan kurang masa di gim berbanding biasa tetapi kerana bentuk fizikal asasnya sudah mencukupi (melalui training yang dilalui untuk filem Baywatch), maka ia tak lari jauh pun daripada bentuk hebat fizikalnya sebelum ini.
Dia juga banyak berterima kasih kepada pengikutnya seperti yang dilakukannya melalui akaun Instagram,
https://www.instagram.com/p/CCkGOfylEo0/
Kacak dan matang. Aduhhhhh kombinasi yang bisa membuat mana-mana wanita pun cair! Mari kita lihat beberapa lagi gambar daripada docuseries ‘Down to Earth’ ini.
Zac Efron went from ill have her home by 7 to she calls me daddy too pic.twitter.com/REelbJ2ghg
— The Swift Life (Taylor’s Version) (@SwiftLife_1989) July 12, 2020
Apa pandangan anda?