SEARCH

Author page: Azreezal Hafidz

Takkan Nabil Tak Tahu Neelofa Berhenti MeleTOP

Highlight Rencana Stail View 6 December 2019 0 Comments

Mustahil pengacara bersama, Nabil tak tahu Neelofa berhenti MeleTOP? Sedangkan mereka berdua adalah sauh utama kepada program rancangan terbitan ASTRO ini. Nabil (Ahmad) terpinga-pinga sewaktu Neelofa mencari kekuatan untuk mengumumkan berita pengundurannya daripada rancangan ini dua hari lalu. Awalnya dia seperti tidak percaya, tetapi setelah benar-benar bertanya kepada Lofa, dan setelah diterangkan betul-betul niatnya itu, barulah Nabil mengerti. Apalagi dengan…

read more

Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya

Kata Pengarang Rencana 5 November 2019 0 Comments

Suatu malam selepas perjumpaan penting dengan peguam, saya berdepan dengan satu pengalaman hitam. Saya pernah mendengar pengalaman sebegini daripada beberapa teman saya tetapi selain daripada menunjukkan empati, saya tidaklah benar-benar memahaminya. Kerana saya tidak pernah melaluinya sendiri. Selepas pertemuan dengan peguam, kami makan malam bersama. Waktu itu lagi saya sudah perasan yang perhatian saya tidak lagi bersama dia dan rakan niaga saya, Amy. Saya bagai tidak dapat fokus pada perbualan mereka dan tidak bersungguh mendengar apalagi mencuba untuk memberi respons sebaiknya.

Minta diri seketika daripada meja makan untuk mengambil rokok yang tertinggal dalam kereta, sewaktu berjalan untuk kembali ke restoran saya terserempak dengan teman dari tempat spinning, Aloha Cycle Club. Saya memang sangat menikmati perbualan dengannya sebelum-sebelum ini. Saya gembira terserempak dengan dia dan saya mendengar apa yang dia bualkan. Tapi yang saya ingat hanyalah bunyi hingar dalam telinga saya. Buzzing seperti bunyi sekumpulan lebah sedang berlegar di luar telinga. Kembali ke meja makan, perasaan saya memang seperti tidak mahu lagi berada di situ. Saya mahu pulang dan bersendirian.

read more

New Forms Follow Function: Dari Sudut Pandangan Rebekka Bay

Rencana Stail View 23 October 2019 0 Comments

Ini kali pertama Rebekka Bay bersetuju memberi temubual kepada teman media. Bertuahlah saya kerana menjadi antara yang pertama dapat bertemu dan bersua muka dengan Pengarah Kreatif Global Innovation Center UNIQLO pada lawatan saya ke pameran Lifewear  UNIQLO di Somerset House, London bulan lalu. Rebekka nampak agak tegas di awal pertemuan. Dia memperkenalkan dirinya di atas pentas untuk sesi bual mesra…

read more

7 Inovasi Lifewear UNIQLO di Sommerset House

Rencana Stail View 15 October 2019 0 Comments

Seni dan sains bersatu di Sommerset House, London untuk UNIQLO. Pameran Art & Science of Lifewear yang dihadiri teman-teman media seluruh dunia ini memaparkan tujuh inovasi lifewear UNIQLO. Azreezal Hafidz diterbangkan khas untuk menyaksikan sendiri pameran yang julung-julung kali berlangsung sewaktu minggu fesyen London ini   Saya tiba dua hari sebelum minggu fesyen London bermula. Cuaca sedang sejuk-sejuk sedap. Sedang…

read more

Dalam Hidup, Kamu Perlu Tahu Destinasi Terakhir

Kata Pengarang Rencana 5 October 2019 0 Comments

Saya memandu hari Sabtu minggu lalu. Destinasi saya ialah Aloha Cycle Club, untuk indoor spinning di Plaza Damas (ya hari minggu pun perlu workout tau). Di atas jalan tidaklah banyak sangat kereta. Tetapi memandu naik dari Federal Highway ke atas Kerinchi Link, pemanduan saya jadi perlahan. Bukan kerana apa tetapi kerana hampir semua kereta yang memandu di depan saya seperti tidak tahu arah tuju mereka. Ada yang dari kiri mahu bertukar lane ke kanan. Dari kanan mahu ke kiri. Ada pula yang duduk di lane laju tetapi memandu perlahan. Seperti tak faham bahasa bahawa kenyataannya kalau kamu memandu perlahan perlu duduk di lane kiri (lane perlahan).

I couldn’t help but wonder, kalau beginilah sikap pemandu di atas jalan, beginilah juga sikap mereka dalam memandang kehidupan. Analogi saya begini, dalam memandu kita mesti sudah tahu destinasi terakhir kita kan? Seperti saya, Plaza Damas ialah destinasi terakhir saya. Maka saya perlu set dalam minda jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi saya itu. Saya juga perlu setkan dalam minda saya, apakah saya ada masa untuk memandu berlambat-lambat atau apakah saya perlu berderas kerana masa untuk…

read more

Sehari Tanpa Internet Challenge: Bagaimana Team STAIL.MY Menghadapinya?

Pilihan Stail Rencana 2 October 2019 0 Comments

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, bagaimanalah agaknya kalau hidup sehari tanpa internet? Begitu yang selalu saya fikir. Atau mungkin bayangan ini selalu juga melintasi minda-minda kamu semua. Ya setiap kali saya tak boleh lepaskan telefon pintar saya, setiap kali itulah saya akan berkata pada diri, “Heyyyyy sudahlah dengan telefon ni. Tak habis-habis nak membelek semua benda!” Sambil mencampakkan telefon…

read more

SUBSCRIBE