Gambar : Pinterest Mengikut tabiat saya, rata-rata saya menghabiskan purata dua ke tiga jam sehari di Instagram. Selain daripada komitment kerja, tentunya mengenai peribadi dan gosip dengan teman melalui Direct Message (DM). Setelah mempelajari kebenaran mengenai diri saya, saya segera menetapkan batas waktu harian kepada 1 jam untuk Instagram dan kemudian saya menjalankan beberapa penyelidikan tentang kesan Instagram ke atas…
Instagram ini cukup ringkas, ia mencipta visual dan memberikan impak emosi jika sekeping gambar maya dapat dihasilkan dengan baik. Ia juga cara terbaik untuk temui lokasi baharu di dunia. Dengan melihat di mana lokasi-lokasi menarik dan mungkin bukan kebiasaan orang-orang kita pergi melancong, ayuh lihat beberapa yang saya berjaya temukan untuk tatapan kalian menerusi 6 Instagram percutian terbaik 2019. Dalam…
Menghormati dan meluhurkan kewanitaan yang sudah memamah jiwanya, sepertikan mendarah daging. Sebut saja Zac Posen, dia bagai melukat dengan citra glamor karpet merah, elegan dan menahan darjat wanita dalam ragam rekaan-rekaannya. Zac punya mata hati yang memahami ‘anatomi’ perempuan, sampaikan namanya membumbung tinggi, diakui sebagai salah seorang strong fashion player. Dress yang direka khas untuk Glenn Close di Academy Awards,…
“Tak semua dapat terima nilai fesyen saya. Jadi, peranan saya adalah untuk memahat ilmu fesyen di dada dan minda mereka. Mewujudkan gerombolan yang celik fesyen,” jelas Mohd Nazrin Shah atau lebih mesra dipanggil Ayen, pereka juga pengasas jenama DBLA – ‘Dee-Bee-El-Ey’ atau Double A – yang memasang niat untuk mendidik masyarakat tentang fesyen, menerusi rekaan-rekaan begnya. Mula-mula, DBLA adalah jenama…
Gate crasher yang datang menerjah pertunjukan fesyen, tanpa diundang dan tidak dialu-alukan. Ia terjadi kelmarin di atas pentas Chanel musim bunga panas 2020 sewaktu finale. Saat model-model berjalan mendudu-dudu menyudahi pertunjukan, sekonyong-konyong seorang perempuan naik ke atas pentas lalu masuk menyelit di antara model-model tersebut, berjalan memperolok-olokkan lagak model, mencekak pinggang, mendabik dada dan melangutkan kepalanya tanda bangga. Kejadian penceroboh…
Elfira Loy Selamat Bersalin Anak Lelaki Sulung Elfira Loy dan suami, Faris Anuar selamat timang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris pada tanggal 1 0ktober 2019. Bayi lelaki seberat 3.68 kg ini dilahirkan secara normal pada jam 5.40 petang di sebuah hospital swasta berdekatan Seri Kembangan, Selangor. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy…