Posted on September 8, 2026

Sempena Mid-Autumn Festival, Hilton Petaling Jaya mengajak kita menikmati tradisi yang lebih bermakna menerusi hidangan Cina klasik di Toh Yuen, lengkap dengan koleksi mooncake eksklusif Phoenix Prestige untuk dibawa pulang. Ada sesuatu yang istimewa tentang musim perayaan yang mengumpulkan kita di sekeliling meja. Bukan sekadar tentang apa yang terhidang, tetapi tentang masa yang diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan, berbual, berkongsi hidangan dan mencipta kenangan.
Sempena Mid-Autumn Festival tahun ini, Hilton Petaling Jaya membawa semangat tersebut ke Toh Yuen, restoran Cina ikonik di hotel ini, menerusi pengalaman menjamu selera yang menampilkan beberapa hidangan signature yang cukup sinonim dengan sajian Cina. Buat kunjungan STAIL.MY kali ini, meja kami dihiasi dengan pilihan dim sum, Peking duck, sup dan pencuci mulut yang melengkapkan pengalaman makan tengah hari yang santai tetapi cukup meriah.


Dim Sum, Peking Duck dan Hidangan Klasik
Dim sum sememangnya antara hidangan yang paling seronok dinikmati secara berkumpulan. Dengan pelbagai pilihan yang boleh dikongsi, setiap hidangan menjadi alasan untuk mencuba sedikit demi sedikit sambil menikmati suasana di meja makan. Kemudian hadir pula Peking duck, salah satu hidangan klasik yang cukup mencuri perhatian. Kulitnya yang rangup dan penyediaannya yang sinonim dengan pengalaman Chinese dining menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dinikmati bersama.
Melengkapkan hidangan ialah sup dan pencuci mulut, memberikan keseimbangan kepada keseluruhan pengalaman makan di Toh Yuen. Daripada hidangan pembuka hingga pencuci mulut, pengalaman ini terasa seperti satu gambaran kecil tentang apa yang menjadikan tradisi makan bersama begitu istimewa — makanan yang lebih menyeronokkan apabila dikongsi.


Phoenix Prestige: Mooncake Dengan Sentuhan Tradisi
Sudah tentu, Mid-Autumn Festival tidak lengkap tanpa mooncake. Untuk tahun 2026, Toh Yuen memperkenalkan The Phoenix Prestige, sebuah koleksi mooncake yang mengambil inspirasi daripada simbol phoenix — yang melambangkan pembaharuan, keharmonian dan kemakmuran. Dihadirkan dalam kotak penyimpanan berwarna merah yang elegan dan disertakan dengan tote bag eksklusif, koleksi ini menggabungkan rasa tradisional dengan persembahan yang lebih kontemporari.
Mooncake yang ditampilkan pula merupakan mooncake bakar tradisional, mengekalkan rasa-rasa yang sudah sinonim dengan sambutan Mid-Autumn Festival. Apa yang menarik tentang Phoenix Prestige ialah aspek gifting-nya. Selain mooncake yang boleh dinikmati bersama, kotak simpanannya juga direka sebagai sesuatu yang boleh dihargai selepas musim perayaan berakhir.

Sebuah Tradisi Untuk Dikongsi
Mid-Autumn Festival pada akhirnya bukan sekadar tentang mooncake. Ia adalah tentang reunion, kebersamaan dan meluangkan masa dengan mereka yang penting dalam hidup kita. Satu meja penuh dengan dim sum dan Peking duck boleh menjadi ruang untuk berbual lebih lama. Sekotak mooncake pula boleh menjadi cara mudah untuk berkongsi rasa penghargaan dengan keluarga, rakan atau tetamu istimewa.
Dengan gabungan pengalaman menjamu selera di Toh Yuen dan Phoenix Prestige untuk dibawa pulang, Hilton Petaling Jaya menawarkan satu cara yang cukup lengkap untuk meraikan Mid-Autumn tahun ini — makan bersama, berkongsi cerita dan menghadiahkan sedikit kemanisan kepada orang tersayang.
Koleksi Mid-Autumn Hilton di Malaysia boleh didapati dari 15 Julai hingga 25 September 2026. Ahli Hilton Honors turut menikmati penjimatan eksklusif 10%, manakala pembelian secara pukal terpilih layak menerima diskaun sehingga 25%. Jadi, kalau kamu sedang mencari alasan untuk mengumpulkan keluarga atau kawan-kawan di satu meja sempena Mid-Autumn, mungkin inilah masanya untuk jadikan makan tengah hari di Toh Yuen sebagai sebahagian daripada tradisi tahun ini.



















.gif)

Apa pandangan anda?