SEARCH

Tag: kata pengarang

Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya

Kata Pengarang Rencana 5 November 2019 0 Comments

Suatu malam selepas perjumpaan penting dengan peguam, saya berdepan dengan satu pengalaman hitam. Saya pernah mendengar pengalaman sebegini daripada beberapa teman saya tetapi selain daripada menunjukkan empati, saya tidaklah benar-benar memahaminya. Kerana saya tidak pernah melaluinya sendiri. Selepas pertemuan dengan peguam, kami makan malam bersama. Waktu itu lagi saya sudah perasan yang perhatian saya tidak lagi bersama dia dan rakan niaga saya, Amy. Saya bagai tidak dapat fokus pada perbualan mereka dan tidak bersungguh mendengar apalagi mencuba untuk memberi respons sebaiknya.

Minta diri seketika daripada meja makan untuk mengambil rokok yang tertinggal dalam kereta, sewaktu berjalan untuk kembali ke restoran saya terserempak dengan teman dari tempat spinning, Aloha Cycle Club. Saya memang sangat menikmati perbualan dengannya sebelum-sebelum ini. Saya gembira terserempak dengan dia dan saya mendengar apa yang dia bualkan. Tapi yang saya ingat hanyalah bunyi hingar dalam telinga saya. Buzzing seperti bunyi sekumpulan lebah sedang berlegar di luar telinga. Kembali ke meja makan, perasaan saya memang seperti tidak mahu lagi berada di situ. Saya mahu pulang dan bersendirian.

read more

I Work Really Hard… What Does It Even Mean?

Kata Pengarang Rencana 6 July 2019 0 Comments

#STAILISHROOMS berlangsung lagi untuk tahun kedua. Berakhir hujung Jun, selama 10 hari ini tempoh paling sibuk buat warga kerja STAIL.MY. Ini tidak mengambil kira lagi dari waktu perancangan, WIP (work in progress), majlis makan tengah hari bersama influencers dan sepanjang 10 hari pameran bilik-bilik stailish ini berlangsung. Aduh… tak menang tangan. Di antara waktu menguruskan #STAILISHROOMS itu pula, perlu merakam video-video untuk kandungan online bagi mempromosikan bilik-bilik ini. Ya rabbi… rasa bagai 24 jam sehari itu tidak cukup sama sekali.

Tapi saya langsung tak kisah jika harus bekerja kuat sebegini. Dari kecil babah dan mama memang mengajar saya untuk bekerja. Pesan mereka selalu pada saya, “Duit bukan jatuh dari pokok tau. Kalau nak duit, kamu kena kerja untuk memilikinya. Lagi banyak duit yang kamu nak, lagi kuatlah kamu kena kerja. Ingat duit bukan boleh petik macam daun.” Selama-lamanya pesanan itu saya pegang sampai bila-bila. Sejak dari selepas SPM lagi, saya sudah mula pandai cari kerja. Mama takkan sesenangnya menghulur duit pada saya.

read more

Kenali Bentuk Tubuh dan Personaliti Diri Untuk Membina Stail Peribadi

Kata Pengarang Rencana 13 September 2018 0 Comments

Terlalu-lalu banyak trend dan stail yang dipersembahkan untuk musim luruh ini. Lalu tanya kamu, yang mana satu patut saya cuba dan terapkan dalam stail peribadi? Nah itu salah bagi saya. Kerana pada saatnya kamu bertanya soalan begitu kepada diri atau sesiapa pun, bermakna kamu tidak kenal dan arif tentang diri sendiri. Kamu tidak tahu bentuk tubuh kamu dan apa yang sesuai digayakannya. Kamu juga tidak tahu personaliti diri lalu menerapkan hanya yang sesuai dengan aktiviti dan kerjaya serta gaya hidup kamu.

Memang dunia fesyen global saban musim amat galak mengetengahkan pelbagai idea dan trend yang boleh kamu cuba. Ini strategi pemasaran mereka. Sama ada mereka menurut permintaan atau pun mencipta permintaan itu, ini bukan masalah kita sebagai konsumer. Kita sebagai konsumer juga seharusnya sama bijak dengan rumah-rumah fesyen ini dan tidak hanya menurut dan membeli semua yang mereka persembahkan. Sebaliknya seelok-eloknya kita tapis dan pastikan dulu yang mana betul-betul akan kita pakai dan berbaloi untuk dibeli, barulah kita memutuskan untuk membeli.

read more

Buka Minda, Relaks dan Sedia Menerima Bermula Bulan Merdeka

Kata Pengarang Rencana 9 August 2018 0 Comments

Kita berada di permulaan Ogos hari ini. Bulan di mana negara yang kita sayangi ini menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Bulan inilah semangat patriotik rakyat Malaysia akan membuak-buak. Masing-masing mahu menunjukkan kesetiaan dan rasa kasih mereka terhadap negara. Dalam bulan ini jugalah akan banyak pahlawan papan kekunci yang berlumba-lumba menulis atau membahaskan sesuatu. Tentunya ada yang akan memuji tinggi, atau pasti juga ada yang akan mengeji dan membangkitkan isu-isu provokatif tentang negara yang bisa menaikkan rating atau viewers dan engagement.

Nah inilah asas kepada artikel saya kali ini. Tentang sikap kita sebagai rakyat dan hari ini sebagai pengguna dunia maya waima dalam media sosial, blog atau laman web. Oleh kerana lapangan yang saya sebut ini percuma dan kebanyakan daripada kita tersangat berpegang pada falsafah kebebasan bersuara – maka banyaklah yang dengan mudah dan percuma juga mencipta kontroversi dan senang membuat provokasi…

read more

Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Kata Pengarang Rencana 10 July 2018 0 Comments

Hari itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri bertandang lagi. Saya menemani Amri ke Pasar Seloka Raya di Publika. Kebetulan kami berbuka puasa sama hari itu. Dia pula mahu mengambil kuih Arab sedap daripada teman kami Dahlia yang berniaga di situ. Waktu menunjukkan hampir jam 10 malam. Jadi kesemua peniaga di Pasar Seloka Raya sedang lagi sibuk mengemas. Hari itu pula hari terakhir Pasar Seloka Raya, jadi mereka ibarat meraikan kemenangan. Masing-masing hati berbunga mengenangkan kerancakan perniagaan sepanjang bazar ini berlangsung.

Sementara Dahlia juga sedang lagi sibuk berkemas, kata Amri, “Eh aku dan Reezal jalan-jalan dulu ya. Kejap lagi kami datang balik ambil kuih.” Ada beberapa lagi teman-teman kami yang berniaga di situ. Syed Faizal dengan produk solekannya, kami terjumpa Zaireen Azman (Umma dan Nita) serta Shera Razi (pengurus pemasaran Nelissa Hilman). Setelah berbual-bual dan bergurau dengan mereka ini kami berjalan ke arah booth so.lek. Tiba-tiba saya ditahan seorang lagi kenalan yang berniaga di situ…

read more

Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Kata Pengarang Rencana 5 June 2018 0 Comments

Tanggal 10 Mei 2018. Seluruh rakyat Malaysia bangun pagi dengan perasaan yang sungguh ringan. Seperti selalu, saya bangun dan terus mencapai telefon bimbit – skrol Instagram dan FB serta melihat mesej Whatsapp. Pagi itu beratus-ratus mesej Whatsapp ada dalam notifikasi telefon saya. Membaca satu persatu, awan kelabu yang menutupi seluruh langit saya rasakan berarak sedikit demi sedikit. Menampakkan langit serba biru lagi cerah berhias tompok-tompok awan putih berkepuk-kepuk.

Walaupun saya tidak lahir waktu merdeka, tapi perasaan pagi 10 Mei itu sepertikan Malaysia baru merdeka. Seluruh negara bagaikan baru terlepas daripada sumpahan sekian lama yang membuatkan bumi ini tidak subur, berselimut aura negatif, kelam dan tiada harapan. Enam puluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Bukan tak pernah ia memajukan negara.

read more

SUBSCRIBE