SEARCH

Author page: Azreezal Hafidz

Rambut Grafik Givenchy Couture Menjadi Taruhan Guido Palau

Kecantikan Rambut 4 July 2019 0 Comments

Bagaikan melihat bird of paradise di atas kepala model. Sampai begitu indah ciptaan rambut grafik Givenchy Couture yang dibuat oleh Guido Palau. Walaupun hanya beberapa model sahaja yang keluar melewati pentas dengan rambut sebegini namun impaknya sungguh kuat dan berbisa. Bahkan rekaan rambut itu sendiri boleh dikatakan sebagai couture. Dan ia bukanlah rambut palsu sebaliknya menggunakan rambut asli model. Keluk…

read more

STAILISHROOMS – Bilik Stailish STAIL.MY Bertema ‘A World Within A World’.

Pilihan Stail 17 June 2019 0 Comments

STAILISHROOMS kembali lagi untuk tahun kedua di Pavilion, Kuala Lumpur dari 17 Jun hingga 26 Jun 2019. Bertemakan ‘A World Within A World’, STAIL.MY berkolaborasi dengan empat kolej seni ibu kota dalam mengilhamkan STAILISHROOMS tahun ini. Antaranya INTI International College, Malaysian Institute of Arts (MIA), Saito University College dan DASEIN Academy of Art. Menggunakan tema ‘A World Within A World’,…

read more

Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Kata Pengarang Rencana 13 June 2019 0 Comments

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah.

Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.

read more

Kemaafan Perlukan Masa & Bukan Terhad Untuk Raya…

Pilihan Stail Rencana 28 May 2019 0 Comments

Entah mengapa, Raya dan kemaafan itu seperti sangat sinonim. Sering sangat saya mendengar bahawa hari Raya adalah waktunya untuk kita saling bermaafan. Saya sendiri tidak tahu dari mana bermulanya budaya ini. Tetapi sudah begitulah fitrahnya sejak saya mula ingat tentang sambutan hari Raya, memohon maaf dan memaafkan ini biasa dilakukan. Mungkin juga kerana adat bersalaman yang diamalkan waktu Raya menjadikan…

read more

Nala Raya Untuk Mereka Yang Cintakan Cetakan Tradisi

Pilihan Stail Rencana 15 May 2019 0 Comments

Pagi 1 Mei 2019, Nala House di Bangsar meriah sejak awal pagi lagi. Lagu rancak berkumandang memeriahkan suasana. Beberapa peniaga sudah pun bersedia di sebalik meja-meja jualan. Di tengah-tengah jalan menuju ke kedai jualan Nala Design (yang asalnya bangsal) tersusun patung-patung menyarung helaian-helaian Nala Raya. Cantik, manis dan lembut warna-warna yang digunakan. Sesuai sungguh buat beraya, terdetik di hati. Saya…

read more

Met Gala 2019: Memperkukuhkan Lagi Stail Peribadi & Mengalirkan Inspirasi

Kata Pengarang Rencana 8 May 2019 0 Comments

I really had a lot of fun watching Met Gala 2019 pink carpet. Apa lagi dengan tema Met Gala tahun ini ‘Camp: Notes on Fashion’ diambil daripada esei Susan Sontag yang ditulis pada 1964 ‘Notes on Camp’. Saya merasa begitu akrab dengan tema ini. Masakan tidak, itu memang tema saya dalam memakai baju tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi kalau saya perlu menghadiri majlis. Selepas memuat naik beberapa IG Story semalam, banyak yang DM saya bertanya, “Apa itu camp?” Sebut Sontag dalam eseinya, camp bermaksud, “love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style”.

Menurut Andrew Bolton, kurator untuk pameran ini pula, camp hari ini sudah semakin diterima dalam arus massa. “It has become increasingly more mainstream in its pluralities—political camp, queer camp, Pop camp, the conflation of high and low, the idea that there is no such thing as originality.” Saya pernah menulis sebelum ini, sejak saya memulakan STAIL.MY, saya mula menyarung helaian wanita.

read more

SUBSCRIBE