Kalau diturutkan kata hati, saya ingin membuat tajuk Kata Pengarang saya ini sebagai ‘Saya Benci Kanser Payudara’. Tapi tidak adil dan kedengaran seperti terlalu emosional saya kira. Kerana penyakit dan ujian ke atas individu itu semua datang dari Allah dan telah tertulis sebagai takdir. Kita manusia biasa wajib redha menerima dan belajar daripadanya. Arwah mama meninggal bulan tiga tahun ini kerana kanser payudara. Hati saya masih sebak dan sedih sampai hari ini walaupun saya sudah menerima dan redha dengan pemergiannya. Saya tahu perasaan ini takkan hilang sampai bila-bila. Tapi jauh di sudut hati, saya berjanji dalam diri – jika ada mana-mana peluang yang boleh saya perjuangkan demi kesedaran wanita-wanita di Malaysia tentang peri penting mendalami dan sedar akan bahaya penyakit ini saya akan gunakan sebaik-baiknya. Jadi lewat penghujung bulan lalu…
Kemerdekaan Malaysia Yang ke-59: Sejauh Mana Kita Ini Bebas, Jika Hak Diri Masih Dihakimi?
Merdeka kita tahun ini sudah masuk yang ke-59. Melihat kepada persediannya tahun ini, rasanya kita tidak lagi beria-ia meraikan kebebasan kita. Dalam negara kita dilanda pelbagai masalah – jerebu, ekonomi, seleweng dan politik masakan kita mampu memfokus kepada keraian dan bersuka-suka. Beberapa lama kita berbangga-bangga dengan kemerdekaan yang kita ada. Tanpa sebarang penjajah dan kongkongan pihak luar. Kita bangga kerana di negara kita ini banyak aktiviti pembangunan berlangsung. Bahkan kita dikatakan menuju ke arah status negara maju. Tetapi banyak antara kita yang tidak sedar, ini hanyalah analogi yang disogokkan kepada kita selama beberapa dekad sejak kemerdekaan. Bagi kita, jika kita tidak dijajah dan bergantung pada pihak luar, kita ini merdeka. Walaupun sebenarnya kemerdekaan bagi saya haruslah bermula daripada asas yang paling asas buat kita yakni…
NAK CANTIK? PERLU KERJA KERAS, MATA YANG TAJAM & ILMU
Hitam hitam si tampuk manggis, bunga kemuning luruh di hulu. Hitam hitam kupandang manis, putih kuning tinggal dahulu. Kerana itu juga pabila mahu mengetengahkan tema cantik kali ini saya memilih satu-satunya bintang soprano tanah air, Ning Baizura yang saya rasakan sangat cantik feature nya, rahang yang tajam dan berhidung tinggi. Pada saya kulit sawo matang dan raut eksotiknya melambangkan kecantikan Melayu asli. Ya, cantik itu bukan hanya pada yang berkulit kuning langsat. Cantik sebenarnya bukanlah tergantung pada warna kulit. Sekurang-kurangnya pada pandangan saya. Satu yang sangat kagum dengan Ning ialah pada usianya yang sudah melewati garis 40, kecantikannya masih seperti waktu dia anak dara dahulu. Kulitnya bersih mulus. Rambut berjaga rapi dan dia hari ini amat mementingkan pengambilan makanan yang sihat lagi berkhasiat demi menjaga kesihatan…
Tragedi Orlando & Turki: Apakah Manusia Sudah Menjadi Binatang?
Lagu Heal the World ditulis mendiang Michael Jackson pada 1991. Biarpun masih awal untuk saya memahami mesej dalam lagu itu sewaktu ia keluar, tetapi liriknya itu sentiasa menjadi peneman manusia seluruh dunia sampai hari ini. Semakin saya matang, mesej dalam lagu ini semakin jelas. Saya bahkan mahu berpegang padanya dan mahu memperjuangkannya apalagi dalam dunia yang semakin ‘gila’ lagi buas hari ini. Dan entah mengapa setiap kali ada bencana atau tragedi di dunia, lagu ini pasti terngiang-ngiang di telinga. Kerana bagi saya ia membawa harapan kepada perkara malang yang terjadi untuk melihat dunia ini kembali harmoni dan saling mencintai. Menurut Jackson dalam satu sesi sembangnya dengan peminat-peminatnya pada 2001, dia menyebut bahawa lagu ini adalah ciptaannya yang paling dibanggakan. Dia juga mengasaskan Heal the World Foundation, organisasi amal yang direka untuk memajukan kehidupan kanak-kanak. Organisasi ini…
Hari Ibu & Guru Selepas Ini Takkan Sama Lagi
Mei. Bulan ini hampir melabuhkan tirainya. Saya tahu agak terlambat sebenarnya saya menulis ruangan ini terutama dalam memberi penghormatan kepada ibu-ibu dan guru-guru seluruh dunia. Ya bulan ini bulan keraian dua insan yang sungguh mulia – darjat dan kedudukannya kerana dua insan ini yakni ibu dan guru memikul tanggungjawab paling besar di dunia. Melahirkan, membesarkan dan mendidik umat manusia. Mungkin saya terlambat menulis kerana jari saya ini amat berat mahu menaip, meluahkan kata-kata dan isi hati terutama sekali untuk dua insan yang bernama ibu dan guru. Hati saya berat lagi pilu. Tapi saya tahu saya tahu saya perlu mendepaninya dan berbicara dengan kamu semua, pembaca yang setia. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar ibu dan guru di luar sana. Biar pun saya membesar dengan beberapa guru, dari…
Generasi Milenial Malaysia Masa Kini: Peranakan, Manja & Individual?
Sewaktu merancang dan melaksanakan rencana Fresh Faces 2016, kami sendiri tidak perasan sebenarnya akan kepelbagaian wajah…
#stailmyfreshface
Masa berputar dan zaman berganti. Takkanlah selamanya kita mahu duduk di takuk yang sama? Musim berubah malah air pun ada pasang dan surutnya. Merasakan yang industri media dan penerbitan di Malaysia ini yang kian sendu dan mundane, kami di stail.my tidak mahu turut berasa begitu. Kerana di portal ini, semuanya harus penuh dengan excitement dan keseronokan. Kerana kami percaya pada vibe positif yang akan membina dan memberi bahagia. Jadi kami memikirkan bagaimana mahu merancakkan suasana? Industri kita ini harus dibaja, dicerna dan dijana. Dan ini takkan terjadi andai kita selamanya bergantung pada yang lama. “Jangan salah faham…
Siapa Wanita STAIL.MY? Cristina & Deanna
Saya melihat wanita-wanita dalam industri seni kita hari ini. Saya juga memerhatikan wanita-wanita di jalanan kita. Saya kira dengan jari – tak sampai 10 (daripada beratus-ratus) yang benar-benar selesa dengan diri sendiri. Yang relaks dan tahu kemahuan diri. Yang tidak membiarkan dirinya diperkotak-katikkan dan senang ditolak ke kanan ke kiri. Yang bangun setiap pagi dan merenung ke dalam cermin sewaktu bersiap dan menyebut pada dirinya sendiri, “No matter what other people say about how you look, you are beautiful. Inside and out.” Banyak antara wanita hari ini yang insecure dengan diri…
Selamat Tahun Baru 2016, Helo stail.my
‘Fashion says me too, style says only me’. Helo 2016 dan salam perkenalan daripada stail.my. Quote ini memang tepat saya gunakan untuk memperkenalkan visi dan falsafah portal stail.my. DEFINISI STAIL SEBENAR. Itulah yang mahu kami ketengahkan melalui portal baru ini. Kami tidak sama dengan portal-portal sedia ada. Kami berbeza. Dari segi atur letak, kandungan, visi yang disampaikan, bentuk penulisan dan bahan cerita juga tidak hanya berdasarkan sensasi semata-mata malah lebih berbentuk informasi dan mendidik, memberi inspirasi dan membentuk aspirasi buat pembaca-pembaca kami.