Posted on March 7, 2022
TAG Heuer Connected Watch E4 lebih versatil. Dua versi baru yang dipasarkan mulai Mac ini, versi dial 42mm (lebih elegan) dan 45mm (lebih sporty) sesuai digayakan dari acara siang ke malam. Ya, dalam suasana ekonomi dunia yang sedang tak menentu, pembelian haruslah berbaloi dan perlu dianggap sebagai pelaburan. Baguslah kalau membeli seutas jam tangan tetapi dapat menggayakan dalam apa jua acara. Inilah yang dikatakan sebagai berbaloi.
Sebagai peneraju dalam segmen Connected watch sejak 2015, TAG Heuer melancarkan dua jam tangan yang bukan sahaja memaparkan kod rekaan jenama ini tetapi disesuaikan dengan gaya hidup dunia hari ini. Ia berfungsi sebagai peneman kala beriadah, dilengkapi aplikasi wellness dan paparan muka jam inspirasi pembuatan jam tangan ikonik kronograf.
“Kelahiran dua versi ini diharap dapat membawa generasi baru TAG Heuer Connected Calibre E4 kepada pasaran pelanggan baru, menjadi peneman dalam kehidupan seharian mereka: dari acara bisnes kepada aktiviti sukan hingga kepada makan malam elegan.” Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer
Model Connected Watch E4 42mm Serba Baru
Versi Conncted Watch E4 42mm yang baru ini memiliki rupa lebih sofistikated dan elegan, direka untuk diminati semua. Ia akan kelihatan menarik dalam semua acara. Bekasnya lebih nipis, dengan steel pusher ergonomik, bezel nipis dan tali yang menyempurnakan rekaan.
Model 45mm Yang Direka Semula
Versi ini menggabungkan antara rekaan sporting dengan jam tangan high-end tradisional bersama bezel seramik lebih kuat. Rekaan Connected Watch E4 45mm ini berubah daripada model sebelumnya, lebih mudah digunakan dan senang untuk mereka yang sentiasa on the go.
Crown nya lebih besar memudahkan pengguna menyelaras jam tangan ini. Pusher nya memiliki rasa mekanikal, menguatkan warisan 160 tahun pembuatan jam tangan high-end TAG Heuer. Versi ini juga jauh lebih ringan.
Kamu juga boleh memilih antara tali kulit atau steel untuk lebih elegan. Untuk rasa lebih rugged dan sporty, kamu juga boleh memilih tali getah pelbagai warna.
Connected Watch E4 Yang Lebih Versatil
Rekaan versi baru ini juga membolehkan kamu memilih paparan muka jam yang kamu suka. Berdasarkan warisan pembuatan jam tangan TAG Heuer yang kaya, ia menawarkan animasi artistik dan akeses mudah kepada informasi yang kamu perlukan.
Paparan ‘Riverside’ dilengkapi efek futuristik, ‘Wellness’ menawarkan informasi workout terus ke homescreen jam tangan seperti kadar degupan jantung dan jumlah langkah kaki dalam sehari. TAG Heuer juga menambah ciri-ciri digital baru dalam paparan seperti informasi cuaca, wellness dan kalendar.
Khusus Buat Peminat Sukan & Aktiviti Riadah
Memantau aktiviti sukan dan riada kini lebih mudah dengan Connected Watch E4 kerana TAG Heuer Sports app menyediakan rutin workout selain informasi fitness terkini dalam industri terus ke jam tangan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini aplikasi sports ini ditambah baik agar kamu boleh memantau pelbagai aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang, golf dan berjalan.
Tahun ini mereka menambah lagi ciri guided workouts, khusus untuk mereka yang suka beriadah di mana-mana (tanpa perlu telefon pintar berdekatan). Workout ini terdiri daripada program latihan dengan sesi pre-set. Jadi kamu boleh berpandukan pada paparan muka jam tangan sahaja (untuk upper body workout, lower body atau full workout) tanpa telefon atau TV. Connected Watch E4 kamu akan bergetar bagi memberitahu kamu untuk beralih kepada rutin seterusnya.
Bagi yang sudah memiliki rutin sendiri pula, kamu hanya perlu customise kan ke dalam jam tangan ini. Selain itu ada banyak lagi ciri menarik lain seperti altimeter yang boleh mengukur altitud lokasi terkini dan Wear OS by Google.
Jam tangan ini akan mula dijual mulai 10 Mac 2022.
TAG Heuer Connected Trade-In Program
Bawa jam tangan Connected lama kamu dan tukar dengan Connected Watch E4. Gunakan kredit ini untuk membeli yang baru. Nilai jam tangan Connected lama kamu ialah RM840 untuk CW 46, RM1260 untuk CW 45 atau 41 dan RM1880 untuk versi 2020. Program ini layak untuk semua generasi terdahulu Connected Watch baik yang tidak berfungsi serta tertakluk di bawah kriteria yang ditetapkan.
Ini juga sebagai usaha TAG Heuer untuk mengekalkan sustainability muka bumi di mana setiap jam tangan lama ini akan diguna pakai. Program ini akan bermula pada 24 Mac 2022 di mana-mana butik TAG Heuer dan website e-commerce nya.
Apa pandangan anda?