Posted on January 3, 2020
Kasut tanpa jantina atau dalam bahasa Gen Z, non-binary, ‘merata-rawa’ di dalam Instagram! Adakah aksesori kasut sebegini trend sekarang?
Saya baru sahaja lepas menonton video pendek Charlie Kirk – si konservatif American yang mengasas Turning Point USA – berdebat dengan pelajar-pelajar universiti yang mendukung ideologi genderless atau tidak mempercayai konsep jantina (maaf, kerana membicarakan krisis politik di sini, lol!). Melihat perdebatan itu di mana Charlie berpegang pada “There are only two genders” manakala gerombolan pelajar universiti ini terang-terangan cuba memadam sejarah, melenyapkan fahaman pembahagian jantina, membuka minda dan menguak dada saya tentang tuntutan kemahuan dunia sekarang.
Malah lapangan fesyen pun akur dengan permintaan tersebut. Makanya, kita nanti berkiblatkan dunia yang mengubur konsep kejantinaan?
Anyway, apa yang saya bilang di atas – konsep genderless atau tanpa jantina – hanyalah saja-saja dan cuba dikaitkan dengan trend aksesori sekarang. Kerana mungkin ada benarnya di situ… kasut sekarang pun tidak mengenal lagi erti jantina! And it’s all over the Gram!
Sedang saya asyik meneropong gaya-gaya bersempena tahun baru ini, saya meneliti Instagram influencer fesyen perempuan dan saya perasan rata-rata mereka menggayakan kasut bertapak tebal, berona hitam yang sebelum-sebelum ini sinonim dengan gaya lelaki. Kami bercakap fasal kasut formal atau kasut kerja yang lelaki selalu pakai. Be it loafers, creeper mahupun derby. Lapangan fesyen sekarang melekangkan kesinoniman tersebut dan mencadangkan ia sebagai kasut tanpa jantina.
Molly Blustein (@accidentalinfluencer) – influencer fesyen kegemaran saya – yang tidak asing lagi dengan stail-stail quirky menjadikan gaya kasut tanpa jantina sebagai staple. Dia bijak memadankannya dengan ceraian quirky, bersifat feminin dan yang menafaskan inspirasi gaya vintaj. Sandra Sauceda (@filis_pina) yang seringkali mengenakan gaya-gaya bersifat maskulin, hadir dalam kombinasi gaya butter stick serta groutfit pun memilih kasut ala-ala kasut derby lelaki sebagai pilihan. Namun tidak hairanlah, kerana Sandra memang suka gaya sebegini. Apatah lagi kalau kasutnya menunjukkan ciri-ciri kelelakian.
Jadi, tahun baharu ini bermakna sudah tiba masa untuk kita bisa menggayakan apa-apa sahaja. Tanpa menghiraukan jantina masing-masing!
KASUT TANPA JANTINA ‘ALL OVER THE ‘GRAM’!
https://www.instagram.com/p/B6A6eL7IdjC/
https://www.instagram.com/p/B5LI8UJol5U/
https://www.instagram.com/p/B6i6KD-gUUw/
https://www.instagram.com/p/B6N4huWF2kF/
https://www.instagram.com/p/B6i9h0NpZGm/
https://www.instagram.com/p/B6V0OdrgwJA/
https://www.instagram.com/p/B6uMqJFgnsd/
Apa pandangan anda?