SEARCH

Temu Bual Eksklusif STAIL Bersama Kumpulan K-Pop, KARD, Sempena Comeback Koleksi ASICS GEL-BND

Temu Bual Eksklusif STAIL Bersama Kumpulan K-Pop, KARD, Sempena Comeback Koleksi ASICS GEL-BND

Minggu lalu, Sunway Pyramid, digegarkan dengan kehadiran kumpulan popular dari Korea Selatan, KARD, yang diterbangkan khas bersempena dengan kemunculan kembali serta pelancaran koleksi terbaru ASICS GEL-BND. Mereka tampil membuat persembahan paling mantap, ruang Blue Atrium itu dibanjiri hampir 300 peminat setia kumpulan KARD ini.

ASICS GEL-BND

Dari kiri: BM, Somin, JiWoo dan J.Seph

S: Apa yang membuatkan kamu setuju untuk menjadi sebahagian ASICS?

BM: I think we’d be crazy if we said no haha.

J.SEPH: Sesungguhnya kami bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada ASICS kerana diberi peluang menjadi wajah kepada jenama ini.

S: Apakah yang membuatkan jenama ini istimewa pada kamu?

J.SEPH: Secara peribadi, semenjak dari zaman sekolah lagi, saya memang memiliki ASICS. Saya juga seorang yang aktif bersukan dan koleksi kasut running mereka antara koleksi terbaik pernah saya ada. Saya banyak menyarung kasut ASICS untuk sukan lumba lari, bola yang saya amat aktif suatu ketika dahulu. Sebenarnya kasut ASICS adalah satu-satunya kasut yang saya gunakan ketika zaman belajar itu. Dan apabila diberi peluang menjadi duta kepada jenama ini, menjadikan saya lebih terharu.

S: Bagaimana imej KARD dapat menyesuaikan diri dengan jenama ini?

JIWOO: Saya rasa imej KARD sememangnya sesuai dan sepadan dengan jenama ini kerana memandangkan KARD adalah kumpulan co-ed, kami punya kelebihan di mana kami dapat tunjukkan serta persembahkan imej kasut perempuan juga lelaki pada masa yang sama daripada jenama ASICS ini.

ASICS GEL-BND
S: Would you call yourself a ‘sneakerhead’?

SOMIN: Saya memang punya banyak kasut jenis running dan sneakers. Dan setiap kali saya online shopping, keinginan hendak membeli semua itu ada. Saya memang seorang yang jenis mengumpul kasut, kerana saya tahu kasut adalah sesuatu yang selesa disarung sepanjang hari dan sangat sesuai digayakan dengan apa sahaja.

J.SEPH: Secara peribadinya, pertama kali apabila saya melihat seseorang itu, saya akan melihat pada kasutnya. Saya boleh mengenali personaliti orang itu melalui kasutnya.

S: Siapa kamu rasa yang punya stail fesyen paling menarik dalam KARD?

BM: Saya rasa semua. Sebab kami semua tahu apa yang kami inginkan dalam bergaya. Bagaimana kami mahu bergaya, kami tahu bagaimana hendak mengekspresikan diri menerusi gaya pilihan kami itu.

S: Baiklah, boleh kamu kongsikan stail peribadi pilihan kamu itu?

BM: Super baggy comfortable. Saya sukakan baju-baju bersaiz besar. Ini adalah stail pilihan saya buat masa ini.

SOMIN: Saya suka mencuba pelbagai gaya daripada sekadar terkunci pada satu gaya. Saya gemar explore.

JIWOO: Sama seperti Somin, saya gemar mencuba pelbagai stail. Dan pasti dalam kesemua stail itu, ada yang menjadi kegemaran saya. Dan yang paling penting, saya sukakan aksesori dan layering kala berfesyen.

J.SEPH: Saya pula bergaya mengikut musim sebenarnya. Kadang-kala ada juga teman-teman yang mengusik, “Tak sejuk ke kamu bergaya seperti ini di musim ini, tak panas pula kamu menyarung sesuatu sebegini,” haha saya bergaya ikut mood saya.

 

KOLEKSI TERBARU ASICS GEL-BND MESTI MILIKI
ASICS GEL-BND
ASICS GEL-BND
ASICS GEL-BND

ASICS GEL-BND

Koleksi ASICS GEL-BND RM349

Sebelum ini koleksi pertama ASICS GEL-BND diperkenalkan dengan kuantiti yang amat terhad pada April yang lalu. Kali ini mereka kembali dengan empat koleksi terbaru dengan paduan siluet yang lebih meriah dan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 11 kasut dalam koleksi ini. Dapatkan koleksi terbaru bermula November ini di seluruh stor ASICS serta atas talian di asics.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE