Dalam dunia fesyen dan gaya hidup, jenama yang benar-benar unggul bukan sekadar mencipta produk yang cantik, tetapi juga memberi impak yang berkekalan. ECCO, jenama premium kasut dan barangan kulit dari Denmark, memahami perkara ini dengan baik. Dalam kempen terbarunya, “Icons That Last”, ECCO Malaysia dan ECCO Singapura berbangga menampilkan ikon global, Yuna, sebagai wajah utama kempen ini.

Ikon Yang Berani, Berprinsip & Autentik
Yuna bukan sekadar penyanyi. Dia adalah simbol keberanian, ketulenan, dan perubahan. Dari Kuala Lumpur ke pentas dunia, perjalanan seninya membuktikan bahawa seorang ikon sejati bukan sekadar dikenali, tetapi juga meninggalkan jejak bermakna dalam masyarakat.
Bagi ECCO, ikon sejati ialah mereka yang berani mendobrak norma dan mencipta legasi yang berpanjangan. Yuna, dengan suara unik dan personaliti autentiknya, mencerminkan falsafah ECCO yang meraikan keaslian dan inovasi. Dilancarkan sempena Hari Wanita Sedunia, Yuna berkongsi pandangannya tentang apa yang menjadikan seseorang wanita itu ikonik:
Seorang wanita menjadi ikonik apabila berani
Yuna
menjadi diri sendiri. Kedengarannya mudah, tetapi dalam dunia yang sering membatasi wanita, ia memerlukan keikhlasan dan keberanian. Bukan sekadar pencapaian material, tetapi tentang berpegang pada prinsip,
mempercayai naluri, dan melihat penolakan sebagai peluang baru. Ikon sejati juga mengangkat dan memperkasakan wanita lain.

Kasut Ikonik Untuk Wanita Moden
Dalam kempen ini, Yuna memperkenalkan koleksi terbaru ECCO– 12-Hour Heels Collection, termasuk ECCO SCULPTED ALBA 65. Kasut bertumit blok ini menggunakan teknologi Fluidform™ Direct PU Injection yang direka untuk menyokong pergerakan semula jadi dan memastikan keselesaan sepanjang hari. Sebagai seorang penghibur yang sering berada di pentas dan menghadiri pelbagai acara, Yuna memahami kepentingan kasut yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga selesa.
Bagi saya, kasut sangat penting, terutama sebagai
Yuna
penyanyi. Berdiri lama di pentas atau menghadiri acara memerlukan keselesaan. ECCO mengutamakan gaya, kualiti, dan keselesaan—nilai yang saya percaya. Saya bangga bekerjasama dengan jenama ini!

Menggabungkan gaya, keselesaan, dan kepraktisan dalam satu rekaan, koleksi Spring/Summer 2025 ECCO ini dicipta khas untuk wanita moden yang sentiasa bergerak dan berani mengekspresikan diri mereka dengan cara tersendiri.
Dapatkan Koleksi Terkini ECCO
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ECCO Spring/Summer 2025, tersedia bermula 8 Mac 2025 di butik ECCO terpilih dan di laman web rasmi ecco.com
Facebook: ECCO Malaysia Instagram: @ecco
Apa pandangan anda?