Posted on March 12, 2025
Bersedia untuk merasai ledakan muzik elektronik yang luar biasa? NEON Music Festival 2025 kembali dengan edisi yang lebih hebat, lebih besar dan lebih menggila! Festival ini bakal berlangsung pada 11 April 2025 (Jumaat) di KL Base Sungai Besi, Kuala Lumpur, dengan barisan DJ antarabangsa yang bakal menggegarkan pentas festival paling epik di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival muzik elektronik terbesar tahun ini!

Hardwell Kembali Ke Malaysia!
Legenda DJ dan penerbit muzik, Hardwell, akhirnya kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun! Dengan lagu-lagu ikonik seperti Spaceman dan bunyi revolusioner Big Room Techno, peminat boleh menjangkakan persembahan penuh tenaga dan mendebarkan dari maestro ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan salah satu DJ terbaik dunia beraksi secara langsung!

Artbat dan Debut Upperground
Buat pertama kalinya di rantau ini, ARTBAT, duo terkenal dalam dunia melodic techno, bakal membawa pengalaman UPPERGROUND yang menggabungkan muzik dan visual yang luar biasa. Ini adalah pengalaman audio-visual yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik elektronik!

B3B Bersejarah: Dubvision, Matisse & Sadko Third Party
NEON Music Festival 2025 tidak hanya menghadirkan satu, tetapi tiga nama besar yang bakal tampil dalam set B3B (back-to-back-to-back) pertama dalam sejarah festival ini! Gabungan DubVision, Matisse & Sadko, serta Third Party bakal memberikan peminat Progressive House satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini juga menandakan debut Third Party di Malaysia dan membawa kembali gelombang Progressive House ke pentas tempatan!
Produksi Immersif Yang Mengagumkan
Festival ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi satu pengalaman yang melibatkan kesemua deria kamu. Pentas utama akan menampilkan teknologi LED yang imersif, grafik reflektif definisi tinggi secara masa nyata, paparan laser canggih, dan sistem bunyi bertaraf dunia. Kamu akan berada dalam dimensi lain sebaik sahaja memasuki dunia NEON Music Festival 2025!

Tiket & Maklumat Lanjut
đź“Ť Tarikh: 11 April 2025 (Jumaat)
đź“Ť Lokasi: KL Base Field, Sungai Besi, Kuala Lumpur
đź“Ť Jangkaan Kehadiran: 20,000 orang
🎟️ Harga Tiket:
- Pre Sale – RM 248.00 (SOLD OUT)
- Early Bird – RM 268.00 (ON SALE)
- General Sale Tier 1 – RM 288.00
- General Sale Tier 2 – RM 328.00
- VIP – RM 458.00
- VVIP – Atas permintaan
Adakah kamu sudah bersedia untuk BREAK FREE?
Dapatkan tiket kamu di www.neonmusicfestival.asia sebelum kehabisan! Jangan lupa untuk mengikuti @neonmusicfestival di Instagram dan Facebook untuk kemas kini terkini.
Apa pandangan anda?