Posted on September 25, 2026
Kalau kamu sedang mencari alasan untuk keluar hujung tahun ini, jadual konsert dari Oktober hingga Disember mungkin sudah cukup untuk mengisi kalendar. Ada nama tempatan, artis Indonesia hinggalah kumpulan antarabangsa yang bakal singgah di Malaysia.

Jaclyn Victor – Gemilang Bersama MPO
17 Oktober 2026 | Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC
Dua dekad dalam industri muzik diraikan menerusi Gemilang Bersama MPO, apabila Jaclyn Victor bakal tampil bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, persembahan ini akan menampilkan vokal Jaclyn dengan iringan orkestra penuh. Pilihan yang cukup sesuai untuk meraikan perjalanan dua dekad salah seorang vokalis paling dikenali di Malaysia.

Festival Ultra Kalcer Malaysia 2026
7 & 8 November 2026 | KL Festival Park
Muzik Malaysia dan Indonesia bertemu di Festival Ultra Kalcer Malaysia 2026, yang menghimpunkan 19 artis serumpun selama dua hari.
Antara nama yang bakal membuat persembahan ialah Okirama, Dukes, The Alif, Belia Benci Club, Citykops dan Rangkaian Fugo, bersama nama Indonesia seperti Pamungkas, Sal Priadi, Danilla, Hindia, Lomba Sihir dan Kris Dayanti.
Kalau kamu suka meneroka muzik baharu, dua hari ini akan jadi hari paling menarik untuk kamu explore penyanyi serta lagu-lagu yang mungkin tidak berada dalam radar muzik kamu sebelum ini.

BABYMONSTER World Tour [춤 (CHOOM)]
14 November 2026 | Unifi Arena
K-pop pula mengambil alih Unifi Arena pada November apabila BABYMONSTER membawa jelajah dunia [춤 (CHOOM)] ke Malaysia.
Dengan persembahan yang sinonim dengan vokal, rap dan koreografi bertenaga, ini peluang untuk peminat menyaksikan kumpulan YG Entertainment itu secara langsung. Paling penting, Jangan lupa lightstick!

5 Seconds of Summer
4 Disember 2026 | Unifi Arena, Bukit Jalil
Bagi yang membesar dengan She Looks So Perfect dan Youngblood, ini mungkin salah satu konsert yang paling mudah membangkitkan nostalgia.
5 Seconds of Summer akan kembali ke Malaysia pada 4 Disember untuk bertemu peminat di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Sama ada kamu peminat sejak era awal atau baru mengikuti muzik mereka, Disember ini nyatanya menjadi bulan yang dinanti-nantikan peminat 5 Seconds of Summer.

Rizky Febian
5 Disember 2026 | Sabah International Convention Centre
Sehari selepas 5 Seconds of Summer di Kuala Lumpur, Rizky Febian pula akan menemui peminat di Sabah.
Penyanyi Indonesia itu akan membuat persembahan di Sabah International Convention Centre pada 5 Disember. Dengan deretan lagu yang sudah sebati dengan peminat seperti Kesempurnaan Cinta dan Hingga Tua Bersama. Mungkinkah bakal ada kejutan daripada Mahalini? Kalau ya, peminat di Sabah sememangnya sangat beruntung untuk menyaksikan pasangan itu diatas panggung.



















.gif)

Apa pandangan anda?