Posted on September 29, 2026

Kalau beauty bagi kamu bukan sekadar tentang membeli produk, tetapi tentang mencuba, meneroka dan menemukan sesuatu yang baharu, KL International Beauty Week (KLIBW) 2026 mungkin tempat yang sesuai untuk singgah Oktober ini.
Berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober di Mid Valley Megamall, KLIBW menghimpunkan lebih 120 jenama tempatan dan antarabangsa merangkumi skincare, makeup, wangian, wellness dan dandanan lelaki dalam satu ruang yang meraikan segala sisi dunia kecantikan.


Lebih Daripada Sekadar Beauty Shopping
Daripada pelancaran produk dan demonstrasi makeup kepada sesi bersama pencipta kandungan serta pengasas jenama, KLIBW 2026 menawarkan pengalaman yang lebih interaktif sepanjang tiga hari.
Antara tarikan utama edisi kali ini ialah topeng tanah liat edisi khas By Eggs yang dihasilkan eksklusif untuk KLIBW. Dalam masa yang sama, peminat makeup boleh menyertai Pertandingan Solekan 2026 tajaan SILKYGIRL serta nantikan juga pengumuman barisan pemenang The Highlighter MY Best of Beauty Awards.

Dan sudah tentu, tiada beauty event yang lengkap tanpa freebies. Menerusi Beauty Passport, pengunjung boleh mengumpul cop dan sampel daripada jenama terpilih sebelum menebus beg cenderamata kecantikan percuma. Sebanyak 3,000 beg disediakan setiap hari.
Kemasukan umum adalah percuma, manakala Beauty Express pada harga RM38 menawarkan akses lebih awal pada jam 10 pagi, 9 Oktober, bersama beg kecantikan bernilai RM100.
Tiga hari, lebih 120 jenama dan banyak ruang untuk discover something new — mungkin ini masa untuk swatch, sniff dan explore sedikit lebih jauh.




















.gif)

Apa pandangan anda?