Posted on November 17, 2026

Keindahan bukan sekadar sesuatu yang dapat dilihat. Ada kalanya, ia hadir melalui haruman yang mengingatkan kita kepada kenangan tertentu, tekstur yang membangkitkan deria atau ruang yang membuatkan kita berasa selesa. Ia juga boleh ditemukan melalui seni yang membawa makna lebih mendalam tentang kehidupan.
Falsafah inilah yang menarik perhatian menerusi pembukaan flagship concept baharu escentials di Mid Valley Megamall. Lebih daripada sebuah destinasi untuk kecantikan mewah dan niche, ruang ini turut memperkenalkan hubungan menarik antara seni dan pengalaman sensori melalui The Core, sebuah karya arca oleh artis Malaysia, Gabriel Cheah. Karya ini bukan sekadar elemen dekoratif yang melengkapkan ruang, sebaliknya membawa pemikiran yang cukup dekat dengan falsafah escentials tentang keindahan, keseimbangan dan perkara-perkara penting yang sering tidak kelihatan tetapi memainkan peranan besar dalam kehidupan.

THE CORE: KEINDAHAN YANG BERMULA DARI DALAM
Dihasilkan pada tahun 2026, The Core merupakan karya arca pertama Gabriel selepas kepulangannya dari Jingdezhen, China, sebuah pusat penghasilan seramik dan porselin yang mempunyai sejarah lebih 1,700 tahun.
Menggunakan gabungan akrilik, seramik bentukan tangan dan kristal Eropah, karya berukuran 20 x 16 x 33 cm ini meneroka hubungan antara alam semula jadi, manusia dan elemen yang menyokong kehidupan.
Menurut Gabriel, kehidupan tidak berkembang dengan sendirinya. Seperti tumbuhan dan bunga yang memerlukan nutrien, cahaya matahari, air serta persekitaran yang sesuai untuk berkembang, manusia juga memerlukan keseimbangan pelbagai elemen bagi mengekalkan kesejahteraan fizikal, emosi dan spiritual.
Menariknya, elemen yang dimaksudkan bukan sekadar keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Haruman, ruang, alam semula jadi dan persekitaran turut mempengaruhi emosi serta cara kita mengalami kehidupan seharian. Melalui The Core, Gabriel mengajak kita memahami bahawa berkembang bukan hanya tentang mencapai potensi terbaik, tetapi juga mempunyai keadaan yang sesuai untuk mengekalkannya. Ada kalanya, perkara yang membantu kita berkembang bukanlah sesuatu yang jelas kelihatan, sebaliknya hadir secara senyap dan memberi nutrisi dari dalam.

APABILA SENI BERTEMU FALSAFAH ESCENTIALS
Persamaan antara The Core dan pendekatan baharu escentials terletak pada satu idea yang cukup sederhana: keindahan bermula daripada pengalaman yang lebih mendalam daripada apa yang dapat dilihat. Selama 25 tahun, escentials membina identitinya sebagai kurator kecantikan mewah dan niche dengan menawarkan pilihan fragrance, skincare, makeup, home, bath dan body daripada pelbagai jenama terpilih.
Berpegang kepada tagline Of All Things Beautiful, jenama ini percaya bahawa kecantikan bukan tentang mengumpulkan sebanyak mungkin produk, tetapi menemukan sesuatu yang benar-benar mempunyai makna kepada individu. Falsafah ini kini diterjemahkan melalui konsep flagship baharu di Mid Valley Megamall. Ruang ini direka untuk menjadi lebih daripada sebuah butik kecantikan konvensional. Ia merupakan destinasi untuk pengunjung memperlahankan langkah, meneroka dan mengenali sesuatu produk sebelum membuat pilihan.
Palet warna peach menjadi identiti visual yang bergerak dari façade sehingga ke lantai dan paparan utama. Digabungkan dengan dinding ivory, permukaan microcement, batu, kayu oak, kulit serta kemasan logam, keseluruhan ruang memberikan suasana kontemporari yang terasa hangat dan mengundang. Reka bentuknya juga tidak mendedahkan semuanya dalam satu pandangan. Sebaliknya, setiap bahagian disusun untuk membawa pengunjung melalui pengalaman penemuan secara berperingkat.

BUKAN SEKADAR MEMILIH HARUMAN
Salah satu perkara yang membezakan konsep baharu escentials ialah pendekatannya terhadap pengalaman pelanggan. Dengan himpunan 40 fragrance houses di bawah satu bumbung, setiap jenama diberikan ruang tersendiri untuk memperkenalkan identiti dan ceritanya. Namun, pengalaman di sini tidak hanya bergantung kepada paparan produk.
Ruang konsultasi yang dilengkapi tempat duduk lebih selesa memberikan peluang kepada pengunjung untuk berbual dan mendapatkan panduan daripada perunding kecantikan berpengalaman. Khususnya dalam dunia fragrance, menemukan haruman yang sesuai bukan semestinya tentang memilih nota yang paling popular. Ia juga berkait rapat dengan personaliti, memori, mood dan gaya hidup seseorang.
Melalui perbualan dan sesi penerokaan yang lebih peribadi, pengunjung dibantu mengenali profil haruman yang sesuai dengan diri mereka, malah membina fragrance wardrobe yang mencerminkan pelbagai sisi personaliti. Pendekatan ini mengingatkan kita kepada mesej yang dibawa oleh The Core: perkara yang benar-benar bermakna tidak semestinya ditemukan melalui pandangan pertama. Kadangkala, kita perlu meluangkan masa untuk memahami dan merasainya terlebih dahulu.

25 TAHUN ESCENTIALS DAN SATU EVOLUSI BAHARU
Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2001, escentials kini memasuki tahun ke-25 dengan evolusi baharu yang memberikan penekanan kepada pengalaman retail, reka bentuk dan penemuan secara lebih peribadi. Flagship di Mid Valley Megamall merupakan butik kekal pertama yang memperkenalkan konsep baharu ini sepenuhnya, sekali gus menjadi penanda aras kepada hala tuju retail escentials di rantau Asia Tenggara.
Evolusi ini turut diperkenalkan melalui butik pertama escentials di Indonesia, yang terletak di Beachwalk Bali, serta Holiday Pop-Up sempena ulang tahun ke-25 di ION Orchard, Singapura. Menariknya, hubungan antara escentials dan seni berpotensi berkembang lebih jauh menerusi kolaborasi bersama artis tempatan seperti Gabriel. Karya The Core membuka kemungkinan untuk sentuhan seni dan arca seumpamanya diperkenalkan di butik escentials di pasaran lain, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih istimewa kepada pengunjung.
Akhirnya, apa yang menghubungkan escentials dan The Core bukan sekadar persamaan dari segi estetika, tetapi kepercayaan bahawa keindahan memerlukan sesuatu yang lebih mendalam untuk terus berkembang. Bagi escentials, ia hadir melalui pemilihan jenama, pengalaman sensori dan perkhidmatan yang memahami keperluan individu. Bagi Gabriel pula, ia diterjemahkan melalui sebuah karya seramik yang mengingatkan kita tentang kepentingan keseimbangan, persekitaran dan nutrisi yang menyokong kehidupan.
Mungkin itulah inti pati sebenar Of All Things Beautiful: keindahan bukan hanya tentang apa yang menarik perhatian pada pandangan pertama, tetapi juga tentang perkara yang membuatkan kita ingin berhenti seketika, meneroka dan merasai sesuatu dengan lebih mendalam.



















.gif)

Apa pandangan anda?