Posted on September 12, 2026

Lebih empat dekad membina nama dalam industri penjagaan kulit profesional, AsterSpring kini membuka lembaran baharu dengan pelancaran AsterSpring Clinic di 1 Utama Shopping Centre. Dibuka secara rasmi pada 2 September 2026, destinasi medical aesthetics ini menggabungkan kepakaran perubatan, teknologi estetik terkini dan pendekatan personalised skin health yang menjadi identiti AsterSpring sejak sekian lama.
Antara fokus utama AsterSpring Clinic ialah DNA Glow, signature skin activation treatment yang menggabungkan empat teknologi dan rawatan — Sylfirm X RF Microneedling, Pico Laser, Croma PolyPhil dan NCTF 135 HA Skin Booster. Kombinasi ini menyasarkan lapisan kulit untuk membantu menyokong regenerasi, memperbaiki tekstur dan kualiti kulit, mengembalikan seri serta memperkukuh ketahanan kulit.
Namun, kecantikan di AsterSpring Clinic bukan tentang mengubah siapa diri seseorang. Sebaliknya, ia tentang menyerlahkan versi terbaik kulit dengan hasil yang kelihatan semula jadi. Prinsip ini turut menjadi pegangan Dr Tiffany Tee, Medical Lead AsterSpring Clinic, seorang LCP-certified aesthetic physician dengan pengalaman lebih sedekad dalam aesthetic medicine.

“Rawatan estetik seharusnya menyerlahkan, bukan mengubah siapa diri anda,” jelas Dr Tiffany, yang berpengalaman dalam rawatan suntikan dan peremajaan kulit berasaskan teknologi tenaga. Pendekatan yang mengutamakan pesakit ini memberi penekanan kepada hasil yang semula jadi, sihat dan berkekalan — selari dengan perubahan landskap estetik hari ini yang semakin menitikberatkan kecantikan tanpa berlebihan.
Bagi Roderick Cheing, Chief Executive Officer AsterSpring, langkah ini merupakan perkembangan semula jadi untuk jenama yang telah lama dipercayai dalam penjagaan kulit profesional. “Sejak 1984, AsterSpring telah dipercayai untuk rawatan facial profesional dan kepakaran dalam penjagaan kulit. Kini, kami mengembangkan kepakaran ke bidang medical aesthetics bagi menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap keperluan kulit dan estetik pelanggan.”

Melengkapkan pengalaman klinikal ini ialah Dermalogica professional skincare, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan sebelum dan selepas rawatan. Daripada persediaan kulit kepada pemulihan dan penjagaan jangka panjang, pendekatan ini memastikan skin health terus menjadi fokus walaupun selepas meninggalkan bilik rawatan.
AsterSpring Clinic melengkapkan perjalanan AsterSpring dalam penjagaan kulit, menggabungkan pengalaman lebih empat dekad dengan kepakaran perubatan estetik dan teknologi terkini. Pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan kepada mereka yang mahukan penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut keperluan individu.
AsterSpring Clinic kini dibuka di F106, Tingkat 1, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.










.gif)
.gif)

Apa pandangan anda?