Posted on September 4, 2026

Kalau pernah bercuti ke Korea, ada kemungkinan kamu sudah pernah singgah ke Olive Young. Sama ada datang dengan misi mencari skincare viral, mahu mencuba make-up Korea yang sedang popular atau sekadar ingin melihat apa yang sedang menjadi trend, kedai ini memang sukar untuk dilepaskan.
Kini, pengalaman tersebut semakin dekat dengan pengguna di Malaysia.
Bermula 2 September 2026, Olive Young akan mula tersedia di Malaysia menerusi Sephora, membawa bersama pilihan produk dan jenama kecantikan Korea yang sedang mendapat perhatian di pasaran Korea.

Jadi, Apa Yang Akan Ada?
Menerusi OLIVE YOUNG K-Beauty Edit, pengguna Malaysia boleh meneroka pilihan produk kecantikan Korea yang dikurasi untuk pasaran antarabangsa.
Daripada skincare dan make-up hinggalah pelbagai produk kecantikan lain yang sedang popular di Korea, kurasi ini memberi peluang untuk meneroka trend kecantikan yang sedang mendapat perhatian pengguna di sana.
Antara perkara yang menarik ialah pilihan tersebut bukan hanya terdiri daripada jenama yang sudah dikenali ramai. Beberapa jenama kecil dan emerging turut diberi ruang, jadi ada kemungkinan kamu akan menemui produk yang belum begitu familiar di Malaysia.
kerana antara fokus utama kerjasama ini ialah memperkenalkan jenama yang mungkin belum begitu dikenali oleh pengguna antarabangsa. Jadi, selain membeli produk yang sudah berada dalam radar, kamu juga boleh menemui nama-nama baharu yang berpotensi menjadi kegemaran seterusnya.
Dalam erti kata lain, ia memberi peluang untuk melihat K-beauty bukan hanya melalui produk yang sudah popular di luar Korea, tetapi juga melalui trend dan jenama yang sedang berkembang di pasaran asalnya.

Malaysia Antara Pasaran Awal Di Asia Tenggara
Malaysia turut menjadi antara pasaran terawal di Asia Tenggara untuk menerima Olive Young, bersama Singapura dan Thailand.
Selain kehadirannya menerusi Sephora, kerjasama ini juga dijangka berkembang kepada pengalaman fizikal seperti pop-up dan aktivasi khas di pasaran antarabangsa.
Ini menjadikan kemasukannya lebih daripada sekadar penambahan beberapa jenama Korea di rak kecantikan. Ia membuka ruang untuk pengguna antarabangsa mengenali dunia Olive Young dan trend K-beauty dengan lebih dekat.
Kalau kamu sudah tak sabar mahu mencuba produk pilihan Olive Young, mula shopping OLIVE YOUNG K-Beauty Edit di Sephora Malaysia di sini.



















.gif)

Apa pandangan anda?