Posted on October 31, 2020
Lama sudah peminat CL menanti kemunculan kembali wanita ini, dan akhirnya penantian berakhir dengan titisan air mata kegembiraan apabila ratu K-Pop ini bukan sahaja tampil dengan satu, malah dua single terbaru berjudul “HWA” dan “5 STAR”.
Gambar: Weverse CL
Saya cipta lagu ini untuk peminat mengenali identiti saya sebagai CL, dan ini adalah lagu untuk mereka yang sudah lama menantikan saya. Saya sukakan persembahan pentas. Jadi segala tenaga yang selama ini saya simpan, saya curahkan untuk lagu-lagu serta video muzik ini.
Gambar: Weverse CL
Pada 28 Oktober yang lalu, CL kembali ke rancangan The Late Late Show with James Corden lalu dan membuat persembahan pentas pertamanya untuk lagu “HWA”. Lebih istimewa, persembahan ini diadakan di National Museum of Modern and Contemporary Art di Seoul. Menyarung persalinan tradisional Korea, hanbok, yang cukup mewah, melambangkan budaya dan identiti negara kelahirannya.
Menurut CL ketika ditemubual James Corden,
Jika ikutkan, saya sudah lama menjadi seorang penghibur, namun ini adalah merupakan album pertama saya. Jadi saya gembira kerana saya bebas dan menjadi kreatif mengikut kehendak saya, dalam pada masa yang sama kongsi muzik dan persembahan dengan semua peminat saya, akhirnya!
CL yang juga kini sedang giat mempromosikan diri tanpa naungan mana-mana agensi. Ini kerana dia punya alasannya yang tersendiri,
Pertama sekali, saya mahu mempelajari pelabagai benda baharu dan untuk merealisasikan itu, saya sendiri harus berdepan dengan pelbagai cabaran di depan saya. Dan saya tidak rasa saya boleh lakukan ini jika saya bernaung di bawah mana-mana agensi.
Video visualizer untuk lagu “5 STAR” juga telah dimuatnaik di laman Youtube rasmi CL. Jika lagu “HWA’ menampilkan sisi cool CL, lagu “5 STAR” ini pula lebih berentak R&B.
Dan hari ini, hari yang dinanti-nantikan, muzik video rasmi “HWA” telahpun dilancarkan. Jom layan!
Apa pandangan anda?