Posted on April 7, 2020
How’s your RMO going? Sejujurnya, sungguhpun kami menikmati masa ini dengan sebaik-baiknya, tetapi ada macam-macam yang sudah berkeliling dalam minda. Barangkali kerana ada masa lebih, apatah lagi sudah masuk tiga minggu seharian duduk di rumah, lalu memberi ruang kepada kami untuk menilai diri dan menerokai apa lagi yang tidak lengkap. Apa yang hendak dibuat, bila selesai perintah berkurung ini. Well, kami sudah merencanakan rancangan – persediaan Hari Raya, shopping, berlibur dan sudah tentulah nak keluar, kembali seperti biasa!
Bermula dari masa diarahkan berkurung, ia menerbitkan sedikit rasa deprive dalam diri. Tambahan pula, semua ini terjadi betul-betul sewaktu minggu fesyen musim luruh dingin 2020 baru tamat. Jadi, belum sempat habis lagi kami menyusun trend yang menjadi pilihan STAIL, terutama sekali trend aksesori.
Memanglah sekarang kita tidak digalakkan memakai aksesori atau barang kemas, terutama sekali kerana daya ketahanan virus ini hidup di atas permukaan barang kemas seperti emas, perak, berlian dan seumpamanya – ia mampu bertahan selama lima hari. Gulp! The best is, untuk bersihkan dan jangan lupa sanitasi barang kemas tersebut. Malah cara bersih barang kemas pun ada cara-caranya (Google sahaja cara-caranya).
Namun, setelah tiga minggu duduk di rumah, menghabiskan masa melayari internet dan melihat apakah trend yang harus dicuba selepas tamatnya perintah berkurung ini… kami telah menemukan trend aksesori rantai musim luruh dingin 2020 yang menambat perhatian. Tidak salah kan, melihat aksesori rantai dalam masa berkurung ini dan mencadangkan ia kepada kamu untuk menggayakannya nanti? Tidak mengapa, anggap sahaja ini sebagai ‘eskapism’. Untuk menghilangkan rasa berat di kepala yang sudah dipadat oleh berita kurang enak fasal apa yang terjadi sekarang.
Ada tujuh gaya rantai musim luruh dingin 2020 yang tersenarai sebagai pilihan STAIL. Antara yang menjadi kegemaran kami? Rantai Loewe. Rekaannya yang teramat unik, dengan ‘loket’ yang bersifat sculptural, yang tinggi nilai krafnya. Tali rantainya pula adalah daripada material kulit, bukan seperti tali rantai tipikal yang kita selalu lihat. Secara keseluruhannya, idea Jonathan Anderson ke atas rekaan rantai ini menjadikan ia sebagai satu statement piece. Sempurna untuk Hari Raya nanti, ya?
Oh, Gucci pula mengembalikan sesuatu yang bersifat keanak-anakan dan nakal untuk gaya aksesori musim luruh dingin 2020 kali ini. Sosok Daisy Duck menjadi loket utamanya dan kami suka pada keberanian gaya ini yang agak nostalgik, mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak. Who says you’re too old for Daisy Duck? No one.
LIMA LAGI GAYA RANTAI F/W 2020 YANG HARUS DICUBA SELEPAS RMO
Fatale elegance, rantai daripada MSGM
Satu lagi ‘statement piece’, rantai daripada Valentino
Kami suka pada gabungan idea ala coker dan rekaan yang menerokai sesuatu yang bersifat ‘scultural’, daripada Givenchy
Simplicity at its finest, rantai daripada Bottega Veneta
Gabungan aksesori comel dengan penggayaan matang, rantai daripada Dior
Apa pandangan anda?