Posted on April 27, 2021
Hal-hal membeli cincin kahwin adalah sesuatu yang paling penting untuk pasangan yang bakal berkahwin. Harga, nilai dan kualiti terbaik antara faktor yang perlu diambil kira dalam proses memilih cincin kahwin paling sempurna. Kami senaraikan tip beli cincin kahwin paling berbaloi dengan ZCOVA
Tiada orang tengah
Orang tengah akan menjadikan harga berlian lebih mahal. Membeli berlian di ZCOVA bermakna kamu membeli terus dengan pembekal. Tiada orang tengah dalam pembelian kamu. Selalunya kedai-kedai emas akan menjual berlian dan permata dengan gandaan sehingga 300%. Tetapi tidak di ZCOVA. Berlian di ZCOVA dengan sijil Gemological Institute of America (GIA) disahkan lebih murah berbanding retailers lain di pasaran.
Pilih yang sesuai dengan bajet kamu
Ada lebih 150,000 berlian dengan sijil gred GIA dan lebih 100,000 permata dengan sijil ICL di ZCOVA. Ini juga tip beli cincin kahwin penting perlu kamu tahu. Kerana lebih banyak pilihan, lebih bagus. Kamu boleh saring mengikut jenis berlian atau permata, warna, bentuk, carat, clarity dan asal. Jadi kamu boleh membandingkan harga dan pilih ikut kesesuaian. Tak susah pun. Di laman web ZCOVA, semua ini boleh kamu lakukan di hujung jari.
Subang dan cincin sepadan daripada batu Australian blue sapphire
Jangan bazirkan wang beli sesuatu yang kamu tak nampak dengan mata kasar
Dua perkara yang kamu tidak boleh berkompromi ialah CUT (kerana ia akan memberi kesan kepada kilauan berlian) dan CARAT (kerana kamu mahu berlian kamu nampak besar). Tetapi COLOR dan CLARITY adalah sesuatu yang kamu boleh sembunyikan. Kamu biasanya takkan nampak sangat warna berlian melainkan kamu bandingkan dengan warna D. Manakala untuk kejelasan, apa sahaja yang lebih tinggi daripada eye clean sudah cukup bagus.
CUT ZCOVA tidak berkompromi dalam hal ini (ia haruslah triple excellent) kerana berlian tidak akan berkilau jika potongannya tak sempurna.
CARAT berlian panjang (bujur, long cushion) nampak lebih besar berbanding berlian bulat walaupun sama saiz carat. Berlian jenis ini selalunya lebih murah juga berbanding berlian bulat.
COLOR Berlian dalam kumpulan warna sama akan nampak hampir serupa. Contohnya D, E, F jatuh dalam kategori ‘tak berwarna’. Membeli warna F sudah mencukupi, tak perlu membayar lebih untuk mendapatkan warna D.
CLARITY Tidak perlu membeli clarity terbaik asal saja ia nampak eye clean. Berlian IF (internally flawless) jauh lebih mahal berbanding VVS atau berlian VS tetapi kamu takkan nampak pun perbezaannya dengan mata kasar.
Cincin kahwin juga seharusnya menjadi simbol personaliti pemakai. Jadi kamu haruslah memilih berlian atau permata yang benar-benar melambangkan personaliti diri kamu. Cuba tengok apa pilihan berlian kamu di sini.
Pastikan pembelian kamu berbaloi
Sebagai klien, jadilah pembeli yang bijak. Amat penting untuk kita mengetahui latar belakang berlian dan permata yang dibeli. Terutamanya kalau cerita asal usulnya sahih. Penting untuk berlian atau permata yang dibeli disertai sijil. Tanpa sijil, kamu mungkin akan ditipu dan tak tahu pun sama ada kamu membeli yang tulen. Tanpa sijil juga, akan susah untuk menjual berlian atau permata kamu di masa depan kerana nilainya tidak diketahui.
Sijil GIA bermakna berlian kamu telah digred oleh Gemological Institute of America manakala sijil ICL pula adalah untuk permata. Semua berlian dan permata di ZCOVA memiliki sijil GIA, GemEx dan ICL. Sijil GemEx akan menjadikan pembelian kamu memiliki nilai terbaik. Ia adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan ZCOVA bagi memberi jaminan kepada kilauan berlian. Sijil GemEx juga hanya diberi kepada berlian bulat yang menepati standard ZCOVA. Bermakna semua berlian dan permata yang kamu beli di ZCOVA terjamin gred dan asalnya.
ZCOVA juga ada in-house GIA Graduate Gemologist untuk memeriksa kesemua berlian dan permata mereka.
Beli cincin kahwin yang timeless
Jangan pilih cincin hanya untuk perkahwinan. Pilih rekaan yang klasik dan timeless – boleh dipadankan dengan apa jua helaian dan boleh dipakai setiap hari. Lihat pilihan cincin kamu di sini.
Cincin Lia 4 Prong dan Lia Pave antara bestseller ZCOVA kerana rekaannya yang sungguh versatil dan cantik
Bagaimana caranya membuat ilusi berlian atau permata kamu lebih BESAR?
Berlian panjang (bujur, long cushion) nampak lebih besar berbanding berlian bulat walaupun sama saiz carat. Berlian jenis ini selalunya lebih murah juga berbanding berlian bulat. Ada juga sesetengah rekaan akan membuat berlian atau permata kamu kelihatan lebih besar seperti cincin Tulip Pave atau setting Halo.
Berlian 3 karat dengan cincin halo
Pastikan cut dan kualiti berlian & permata
SECRET INSIDER TIP: Tahukah kamu pakar gemologi di seluruh dunia menggunakan 10x magnification 360-degree HD video untuk memilih berlian yang terbaik? Kamu juga patut membeli berlian seperti profesional!
Kamu mungkin merasakan bahawa melihat berlian atau permata secara fizikal adalah cara lebih baik menentukan kualiti tetapi ini TIDAK BENAR sama sekali. Pencahayaan yang berbeza dalam kedai mungkin akan membuat berlian nampak lebih cerah dan berkilau. Lebih baik untuk melihat video HD dengan pencahayaan standard.
Berlian yang berkualiti memiliki 8 prominent dark arrows seperti dalam gambar
ZCOVA menawarkan khidmat ini di laman webnya. Kamu boleh lihat secara dekat melalui 10X magnification 360-degree HD video yang disediakan untuk semua pelanggan sewaktu memilih berlian atau permata yang diingini.
Pastikan setting untuk cincin kahwin kamu berbaloi
Setting cincin kahwin tidak seharusnya menjadi after-thought. Ia sama penting dengan berlian atau permata yang kamu pilih. Berlian atau permata itu ibarat lukisan bernilai manakala setting adalah seperti bingkainya. Jadi ia harus sepadan. Di ZCOVA, ada lebih 100 jenis setting yang boleh kamu pilih dan customization percuma. ZCOVA menawarkan harga tetap untuk setting cincin (emas/ emas putih/ rose gold 18K) yang tidak ditawarkan mana-mana kedai emas lain. Tidak kira berapa carat sekalipun berlian dan permata kamu, harga setting cincin itu tetap sama. Kalau di kedai emas tradisional, akan ada caj tersembunyi untuk saiz jari atau saiz carat lebih besar.
Pastikan juga setting kamu adalah emas tulen bukan saduran. Di ZCOVA, kamu boleh membezakan sendiri betapa beratnya cincin kahwin yang telah siap kerana menggunakan emas tulen. Customization dianggap mewah di kedai-kedai emas lain tetapi di ZCOVA kamu akan mendapat 3D design render percuma dan 3D print ring untuk dicuba dahulu sebelum menentukan design.
Berkomunikasi dengan jeweler
Komunikasi dengan jeweler sangat penting untuk mengelakkan sebarang bentuk salah sangka atau miscommunication, lebih-lebih lagi jika kamu customise cincin kamu. Kalau kamu mahukan cincin kahwin gabungan rekaan vintaj dan moden, boleh beritahu sahaja dan ZCOVA akan buatkan design custom made untuk kamu tanpa caj tambahan.
Dapatkan ZCOVA Services di mana kamu boleh dapatkan dari A hingga Z dengan konsultasi gemologist, pereka in-house, 3D print technology dan kemahiran pertukangan berpengalaman.
Cincin batu nilam padparadscha dengan sijil ICL