Posted on May 26, 2020
Kami suka #OOTD Raya yang dipersembahkan oleh Azira Shafinaz, Daiyan Trisha, Yaya Zahir, Sophia Liana dan beberapa lagi. Kerana apa yang kami lihat bukanlah #OOTD biasa seperti bergambar, posing dengan sudut kamera dari bawah dan bergaya sebelah kaki di hadapan. Bukan. Mereka gigih berolah di hadapan kamera, merakam video seraya melakukan challenge yang menginspirasikan kami!
Ada kami menanya soalan tentang ‘Apa yang kamu akan buat pada Hari Raya #NormalBaharu yang pertama’ di Instagram. Ada yang membalas – barangkali akan mengambil gambar #OOTD baju Raya sahaja. Iya lah, tidak ada apa lagi yang boleh dibuat. Memandangkan senario berhari Raya normal baharu kali ini tidak lazim seperti yang sebelum-sebelumnya, di mana pada hari Raya pertama sahaja kita dibenarkan untuk berkunjung, bertemasya dalam keadaan yang terbatas dan seumpamanya.
Dan, tepat sekali andaian mengambil gambar #OOTD tersebut. Oleh itu, kami tak habis-habis stalk bebrapa Instagram selebriti, untuk melihat gaya mereka berhari Raya dan yang menariknya 2020 ini, ada beberapa selebriti yang menunjukkan kesungguhan mereka ‘membingkaikan’ #OOTD hari Raya dalam bentuk motion. Yakni video. Mereka melakukan efek baju bertukar-tukar, berkongsi tips gaya, menyahut challenge seperti Wipe Challenge, I Dissed His Waifu Challenge yang diubah menjadi catwalk dengan stail bertukar-tukar dan lain-lain lagi. Malah, sebelum menjelangnya hari Raya lagi mereka sudah berkongsi video #OOTD di akaun Instagram serta Tik Tok.
Since we survived hari Raya ‘perintah berkurung bersyarat’ yang ketiga, barangkali kita punya lebih masa untuk merakam video #OOTD, mengedit ia supaya kelihatan menarik untuk ditonton dan berkongsi tips stail dengan pengikut-pengikut kita di Instagram, seperti mana yang dilakukan oleh selebriti-selebriti pilihan kami ini. Ayuh lihat siapa sepuluh selebriti pilihan STAIL.MY yang mengikut trend semasa, mengolah #OOTD dalam bentuk video sebagai apresiasi ke atas penggayaan berhari Raya untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikut mereka!
Apa pandangan anda?