Posted on July 15, 2021
Cannes Red Carpet, dari kiri: Bella Hadid (Jean Paul Gaultier), Lou Dillon (Gucci), Marion Cottilard (Chanel), Jodie Foster (Givenchy)
Ohhhh seronok sungguh saya menlihat Cannes red carpet tahun ini. Ia ibarat pesta fesyen yang sarat dengan gaya-gaya selebriti hadir dalam persalinan terbaik mereka. Rata-rata mereka seperti membalas dendam terhadap situasi pandemik yang telah menekan selama hampir dua tahun lamanya. Rekaan-rekaan yang disarung kebanyakan selebriti tahun ini nampak segar dan baru di mata pemerhati fesyen dunia.
Kiranya, pandemik dan kekangan daripada bermajlis dan beranugerah ini adalah sesuatu yang diperlukan dan bagus untuk kelompok kreatif yakni pereka-pereka fesyen. Tempoh rehat yang dilalui seolah-olah membuka perspektif mereka kepada kemungkinan yang lebih luas. Bentuk-bentuk baru dan siluet serba segar diilhamkan. Mereka seperti dilahirkan semula. Dialiri idea-idea baru yang saya kira amat diperlukan waktu ini kerana ia juga secara tak langung memberi inspirasi kepada kita yang memerhati.
Jean Paul Gaultier misalnya mengambil rekaan arkibnya (yang disarung oleh Naomi Campbell di atas pentas runway) dan mencipta versi baru untuk Bella Hadid pakai pada hari pertama Cannes red carpet. Ia langsung menjadi viral dan diperkatakan semua portal media. Pada hari yang sama, Marion Cottilard dan Jodie Foster pula memilih siluet yang lebih ringkas masing-masing daripada Chanel dan Givenchy. Walaupun ringkas tetapi ia masih menawan di permaidani merah. Seuatu yang sudah lama saya tak lihat. Atau mungkin juga saya sendiri yang sudah lama kehausan stail permaidani merah.
Dari kiri: Bella Hadid (Schiaparelli), Tina Kunakey (Valentino), Josh O’Connor (Loewe), Isabella Huppert (Balenciaga)
Sehingga ada juga yang mengatakan festival filem ini tidak lagi mencapai objektifnya iaitu mempersembahkan filem-filem berkualiti kerana lebih banyak liputan tentang gaya yang diberikan untuk festival filem ini. Mungkin mereka yang salah pilih atau follow media. Hahahaha.
‘Bintang’ di Cannes Red Carpet
Bella Hadid tentunya muncul sebagai ‘bintang’ di Cannes red carpet kerana penampilannya dikatakan sering menjadi viral. Seperti helaian Schiaparelli yang disarungnya. Aduh. sungguh rekaan couture Daniel Roseberry ini sungguh segar untuk permaidani merah. Walaupun dress nya ringkas polos hitam sahaja tetapi ‘neckbra’ (necklace + bra) yang dipakainya mencipta statement yang diperlukan dunia waktu ini. Exquisite.
Tina Kunakey pula dalam helaian Valentino Couture memberi harapan baru kepada kelompok fesyen dunia kerana siluet dan bentuk yang dipersembahkan sungguh IN di kalangan generasinya kini. Sut merah jambu Loewe yang disarung oleh Josh O’Connor menampilkan elemen quirky lagi segar. Oh dan jenama yang baru sahaja mendapat banyak perhatian kerana koleksi couture nya, Balenciaga mengilhamkan dtress hitam ringkas tetapi menawan untuk Isabella Huppert. Demna Gvasalia is on point through and through sejak persembahan couture nya.
Timothee Chalamet (Tom Ford), Tilda Swinton (Haider Ackermann)
Timothee Chalamet & Tilda Swinton Dalam Kategorinya Tersendiri Untuk Cannes Red Carpet
Pada hari Timothee Chalamet dan Tilda Swinton hadir ke premier filem mereka ‘The French Dispatch’ arahan Wes Anderson, dunia seperti bergegar. Masing-masing menyarung sut Tom Ford dan rekaan Haider Ackermann. Sungguh pun Ackermann tidak menyertai trend pertunjukan digital tetapi melalui rekaannya untuk teman baiknya Swinton ini, dia nampaknya megekalkan kedudukannya sebagai pereka fesyen terhebat sepanjang zaman. Pemilihan warna, rekaan dan siluet yang dicipta membuat dunia fesyen tak senang duduk melainkan mengakui akan kehebatannya.
Saya tak pasti, apakah kerana gabungan dua nama berbakat ini (Chalamet dan Swinton) yang membuat kita merasa sebegini atau memang hanya kerana mereka memiliki great sense of style, period. Ciri quirky, fun, positive, good vibe, segar dan cinta mereka persembahkan semuanya melalui penampilan mereka. It’s almost like they are giving new hope to all of us with their appearance. Saya bersyukur dengan kehadiran mereka di Cannes red carpet. Itu sahaja!
Apa pandangan anda?