Posted on October 20, 2020
Masuk Oktober ini, hampir setahun dia berjinak-jinak dengan TikTok. Daphne Guinness tidak membuang masanya dan mempercumakan platform media sosial yang ada kini, untuk ‘menayangkan’ fesyen surreal, yang selama ini mencorakkan personaliti unik dan keperibadiannya!
Tidak, dia bukan TikTokers atau pempengaruh media sosial fesyen tipikal yang mengendong beg kaset berpad bertekstur anyaman atau yang menyarung kemeja T tanpa lengan dengan bahu berpad… bukan. Mahupun sosok yang meraih pengagum terhadap kasut pumps, gaya chunky sweater tucked in tight jeans atau blazer labuh… bukan. Akaun TikTok Daphne tak dipenuhi dengan feed gaya-gaya sebegitu. Dia menongkah arus.
Daphne adalah sosok yang mempamerkan fesyen atau stail yang dramatik, glamor yang terlampau, misteri, cenderung kepada fantasi serta menyatukan couture ke real-life dan dia ‘mengheret’ aspek-aspek tersebut ke TikTok-nya. Expect to see more of fesyen-fesyen bahu berstruktur, gaya-gaya kasut yang umpama tak mampu memijak bumi, helaian-helaian yang sepertikan tidak kelihatan ‘normal’, stail yang represent the threshold between the conscious and unconscious dan gaya rambut extra-terrestrial dalam TikTok Daphne.
Seperti yang Daphne jelaskan pada Vogue, “You get to see a side of me on TikTok you won’t see anywhere else.” Daphne menayangkan segalanya di TikTok – baik di balik tabir penggambaran atau proses menyedang pakaian-pakaiannya yang couture-ish. Oh, dia juga tidak meminggir aspek terpenting dalam TikTok, yakni #challenge serta perkongsian panduan penggayaan #OOTD yang lazimnya kita lihat ramai pempengaruh fesyen buat di TikTok. Tetapi, Daphne? Dia buat semua itu dengan fesyen-fesyen atau gaya-gayanya yang Surreal itu!
Daphne mengaku TikTok bagai membahasakan perhubungan atau interaksi masa kini. Daripada interaksi, ia membentuk integrasi. Sungguhpun fesyennya dikatakan over-the-top dan barangkali tidak semua dapat menerimanya, apalagi masyarakat umum, namun baginya, TikTok adalah platform mudah untuk dia mendidik orang-orang di luar sana tentang satu lagi cabang fesyen yang berbeza ‘isme’. Kata Daphne, dia suka feature “reply in video” kerana ia adalah caranya untuk sentiasa berhubung atau membabitkan diri dengan pengikut-pengikutnya. Tanpa menyempadani pengikut-pengikutnya.
Daphne malah mengagumi pencipta-pencipta kandungan muda di TikTok yang dia lihat punya bakat dan celik dalam bab digital.
Apa pandangan anda?