Posted on January 10, 2020
Keselesaan bertemu gaya kontemporari. Semuanya bersandarkan gaya hidup Dato Seri Siti Nurhaliza dan kesukaannya. Inilah hadiahnya buat pencinta-pencinta Creacion dan SimplySiti by Siti Nurhaliza!
Semangat mestika hati sederam menderau dengan kegemilangan keaggunan gayanya yang sesekali mencemburukan. Kedua-duanya dititipkan sebagai sendi inspirasi kali ini dan memberi peluang untuk si pencinta-pencinta Creacion untuk mengecap gaya bak Dato Seri Siti Nurhaliza! Mengasyikkan kita dengan gabungan yang lama dan baru, – menerapkan gaya kontemporari – yang tercetus berasaskan keselesaan serta rasa leluasa Dato Seri Siti.
Yang tersedia dalam himpunan ready-to-wear atau sedia pakai Creacion kali ini masing-masing hadir dengan tema tersendiri. Rangkaian yang menyatukan kasual dengan formal, rangkaian yang menyemarakkan musim Resort dan rangkaian pakaian malam untuk gaya-gaya formal glamor.
HIMPUNAN CREACION YANG TERBARU INI KINI SUDAH MULA DIJUAL DAN KESEMUA LOOKS BOLEH DIDAPATI DI BUTIK-BUTIK CREACION!
GAYA KASUAL + FORMAL
Gaya yang bisa berubah – daripada formal ke kasual. Bagi Dato Seri Siti, ceraian luar kardigan Abaya (outerwear) ini yang diilhamkan daripada siluet abaya Arab, mencerdikkan akal si pemakai yang tidak takut menjadi kreatif dan berinovasi, dari aspek penggayaan.
Sama ada mahu menggayakan ia dalam corak gaya formal mahupun kasual, bagi Dato Seri Siti, keseimbangan gaya menjadi pilihan utama. Misalnya, ceraian luar dipadankan dengan seluar berpotongan slim sementelahan ceraian yang sama mampu digayakan dalam nada yang sedikit serius.
CUBA KOMBO GAYA DATO SERI SITI
Kardigan Abaya + blaus Cardi + seluar Inez
GAYA RESORT KASUAL
Creacion kali ini memperkenalkan siluet baharu yang diberi julukan nama dress Lola. Gaya resort kasual yang bukan hadir dalam satu gaya sahaja, malah disaingi bersama gaya buat si kecil – dinamakan Baby Lola – dalam gaya yang sama! Untuk dipakai harian, sekali lagi rangkaian resort kasual adalah berdasarkan faktor keselesaannya.
Inspirasi tercetus daripada beachwear yang menyemat sekali siluet relaks serta gaya bersahaja menerusi penggunaan fabriknya yang lembut.
GAYA EVENING CREACION
Melambangkan sifat glamor SimplySiti yang down-to-earth, khusus buat wanita yang mengimpikan gaya malam ala Dato Seri Siti! Pada masa sama menafaskan citra elegan. Dress malam yang serba ringkas ini dinamakan jubah Azy dan sungguhpun siluetnya minima, namun bisa digayakan menjadi glamor mengikut kreativiti masing-masing. Kerana dress jubah ini praktikal dari aspek pemakaiannya.
CUBA KOMBO GAYA DATO SERI SITI
Sarung tangan hitam + aksesori tambahan + shawl (ikat pada bahu)
GIFT BOX: 50 Kotak Untuk Setiap Butik
Ganjaran buat mereka yang membeli-belah di butik-butik Creacion dan berbelanja lebih daripada RM 300 – ke atas pembelian item-item terpilih sahaja – akan dihadiahkan gift box, 50 kotak di setiap butik! (Seperti di bawah)
(Koleksi Inspirasi Grace + Baucar Simplysiti RM5 + Baucar Beausiti RM10)
Apa pandangan anda?