Posted on November 25, 2020
Sedari kecil lagi Halima Aden berhijab. Belum sekali pun dia merasa hijab itu menyulitkan hidupnya – soal kehidupan peribadi dan soal pekerjaannya. Apalagi Aden, yang berasal dari Kenya, bermukim di Amerika serta membesar di sana dan apa jua cabaran atau ranjau hidup sebagai seorang gadis berhijab itu semua dia tempuh. Tidak pernah Aden terfikir untuk terkelencong dan melucutkan hijabnya semata-mata untuk ‘menyebentuk’ dengan yang lain.
Bila Aden menyertai pertandingan ratu cantik, mewakili Minnesota, dia mengepal keras jati dirinya dan ‘mendabik dada’ kerana bangga dengan imejnya yang berhijab. Tegas Aden, dia tidak mahu menyisihkan kepercayaannya.
Namun setelah hampir empat tahun Aden aktif membabitkan diri dalam dunia peragaan dan menjadi personaliti berhijab, dia sedar bahawa dirinya seperti leka seketika, serasa hampir ‘menyurutkan’ imejnya sebagai seorang perempuan Muslim. Aden menyedari hakikat itu sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 ini, yang memencilkan dirinya daripada industri fesyen dan dalam masa itu juga, dia merenung kembali di mana silapnya.
“I have finally realised where I went wrong in my personal hijab journey,” kata Aden.
Lalu kelmarin, Aden memuat naik beberapa postings menerusi Instagram Story-nya yang diberi nama ‘Hijab Journey’, mengenang kembali perjalanan kariernya – dari awal-awal dahulu sehinggalah sekarang. Dia berkongsi tentang apa yang betul dan yang salah sebagai seorang representasi perempuan Muslim berhijab. Aden memuat naik beberapa gambar atau penggambaran sebelum-sebelum ini, seperti cover dengan Vogue Arabia, kempen bersama American Eagle, menjadi salah seorang sosok dalam kalendar Carine Roitfeld serta gambar-gambar pemakaiannya sewaktu menjadi undangan ke acara-acara formal dan dia menunjukkan kesilapannya.
Menjadi cover untuk majalah Vogue Arabia antara perkara yang menyesalkan Aden. Dia mengatakan yang cover tersebut umpama sindiran dan bukannya berupa representasi. “I was too young and naïve to see it back then.” Aden mengaku yang dia mengatakan “Ya” kepada konsep serta hasil cover Vogue Arabia itu hanya kerana title ‘Vogue’ yang gah. “’Look! It’s Vogue Arabia’ but wrong is wrong no matter how hard you try to convince yourself,” jelas Aden. Ia membangkitkan rasa sesal Aden kerana dalam cover tersebut, dia digayakan dalam pakaian yang dilihat sebagai ketat dan membiarkan tangan-tangan lelaki menyentuh hijab serta mukanya.
Aden juga menunjukkan kesilapannya sewaktu melakukan penggambaran bersama Harper’s Bazaar tiga tahun lalu. Dia diolah menjadi ‘Girl With A Pearl Earring’, membenarkan penata gaya meletakkan kain di kepalanya untuk memimik rambut perang, seakan-akan lukisan sebenar Johannes Vermeer. “I should have just politely declined this because where is the HIJAB?” tulisnya dalam posting Instagram Story-nya, kerana ia tidak mencerminkan diri Aden sebagai seorang yang berhijab.
Sungguhpun kebanyakan gambar atau penggambaran yang dilakukan oleh Aden menunjukkan dia menudungi kepala dan tidak menayangkan kulit tubuhnya, tetapi sebenarnya ia bukannya representasi perempuan berhijab sejati. Sehinggakan ada orang lain yang mengecam Aden kerana kurang sensitif dalam mempamerkan imej perempuan berhijab. Aden turut meluahkan yang industri fesyen antarabangsa masih lagi kekurangan penata gaya yang faham tentang konsep fesyen muslimah.
“My mom said, ‘go correct it, you were good and blessed before fashion. THEY came to YOU. What are you scared of?” Kata Aden. Sebagai representasi perempuan berhijab, Aden mahu menunjukkan contoh yang baik. Meneladani anak-anak gadis muslimah lain malah juga sesiapa pun, tak kira bangsa atau agama, bagaimana rupa hijabi sebenar. Muslimah yang sebenar.
Dalam posting ‘Hijab Journey’ itu juga, Aden tidak melupakan perkara-perkara betul yang dilakukan oleh industri fesyen dan kecantikan terhadap representasi perempuan berhijab. Contohnya, dia memuji jenama Max Mara yang tidak merosakkan konsep fesyen muslimah dan imej perempuan berhijab di atas pentas peragaannya. “Nothing less, nothing more,” tulis Aden, yang disertakan sekali gambarnya sewaktu beraksi untuk himpunan Max Mara Middle East. Aden turut menyatakan rasa puas hatinya bekerja bersama Rihanna dalam kempen Fenty Beauty, kerana memberi kebebasan kepada Aden untuk menggayakan hijab dengan betul. Dia berterima kasih kepada Rihanna, “Sis let me wear the HIJAB I brought to set. This is the girl I’m returning to. The real HALIMA.”
Max Mara antara jenama fesyen yang dipuji oleh Aden kerana memahami konsep fesyen muslimah (atas)
Kempen Fenty Beauty oleh Rihanna turut dipuji kerana membenarkan Aden ‘bebas’ menggayakan hijabnya
Apa pandangan anda?