Posted on August 24, 2020
Buat mereka yang mahu belajar, memperkukuhkan skil mahupun memperluaskan ilmu fesyennya, ikut akaun Instagram ajar menjahit! Ya, trend sekarang adalah untuk mengikut akaun Instagram sebegini, yang kependidikan dan bukan lagi mengikut akaun Instagram ‘orang tolol yang terkenal’.
Akaun media sosial rencaman menghubungkan kita dengan 1001 jenis lapangan yang menjentik minat kita. Namun, ada satu jenis akaun menarik yang patut diikut untuk dijadikan contoh mahupun teladan – yakni akaun Instagram ajar menjahit! Bukan sahaja Instagram, bahkan TikTok pun. Daripada akaun Instagram milik seorang penari yang mengajar menari, ke akaun yang berkongsi tip stail, ke akaun ajar buat pastri ataupun memasak… sehinggalah kini, di mana perhatian dunia beralih ke si tukang jahit pula.
Jarang-jarang kita kenal dan mendekati kerja si tukang jahit mahupun si pembuat pola pakaian. Paling-paling pun, kita lebih kenal orang yang mengemudi sesebuah jenama fesyen (atau si pengarah kreatif) dan tidak semua tahu insan di sebalik pembikinan atau proses pembuatan pakaian. Minat untuk mendekati si tukang jahit atau pembuat pola pakaian menerusi akaun media sosial ini menguntum sedari mengikut akaun Estelle Rochard, si tukang jahit untuk Balmain, Balenciaga juga Alexander Wang. Sungguhpun Estelle tidak mempunyai bilangan pengikut beribu-ribu (pengikutnya 300 lebih orang sahaja), namun menurut pandangan peribadi, ia umpama a-breath-of-fresh-air untuk melihat akaun Instagram milik tukang jahit untuk jenama fesyen high-end sebegini. Seakan-akan menghadiri re-see pun ada, kerana melihat rekaan-rekaan off-the-runway.
Tambahan pula masa kini, setelah tular akaun TikTok yang mengajar kita untuk menjahit kardigan kait Harry Styles dan kempen fesyen Gucci yang meletakkan individu di sebalik pembikinan pakaiannya sebagai model utama, orang sudah mula bersifat terbuka terhadap lapangan kerja tukang jahit juga pembuat pola pakaian. Apalagi diri saya sendiri juga dahulunya seorang pelajar fesyen dan masih suka menjahit, sememangnya mengikut akaun media sosial ajar menjahit juga membuat pola pakaian adalah sesuatu yang mengujakan! Sekaligus, masa kini memperlihatkan lebih ramai atau lebih banyak akaun media sosial milik tukang jahit muda, bikin hati terpaut dan terlena menatap akaun media sosial mereka. Untuk mempelajari teknik, trik serta memperkukuhkan lagi kemahiran.
Contohnya baru-baru ini, akaun Instagram dan Tik Tok tukang jahit yang terkenal sekarang adalah Joe Ando Hirsh. Seperkara tentang Joe Ando adalah, dia bukan sahaja seorang tukang jahit dan pelajar fesyen di FIT (Fashion Institue of Technology), namun juga seorang pelakon. Berbekalkan pakej rupa kacak dan bakat menjahit, Joe Ando sering berkongsi cara dia membuat pola, mempamerkan dirinya mereka pakaian serta menjahit pakaian untuk teman wanitanya. Bagi saya, sifatnya yang tidak lokek berkongsi ilmu itu menjadikan akaun media sosialnya adalah akaun kependidikan.
@joeando full video on my YouTube 🇯🇵 link in bio! #akira #fashion #diy
Di Thailand pula, Instagram milik pereka fesyen, Ni Janyapes pun adalah akaun yang patut diikut. Dia tidak segan dalam berkongsi trik membuat pola, melakar pola pada kertas sebelum dihasilkan kepada tiga dimensi, tentang peletakan dart dan proses pembikinannya – daripada teknik draping, ke proses menjahit sehinggalah cara memotong kain.
Akaun media sosial, baik Instagram mahupun TikTok yang ajar menjahit ini tidak hanya dihidangkan untuk pelajar fesyen seperti saya, malah berguna untuk mereka yang punya minat menjahit atau barangkali buat yang mahu memunculkan jenama sendiri kelak. Sama seperti yang dinyatakan di atas fasal Ni Janyapes, terlalu banyak dan mudah untuk dipelajari seandainya mengikut akaun media sosial yang berteraskan menjahit juga membuat pola. Yakni tentang bagaimana mahu melakar pola, mengajar trik untuk menyenangkan proses pembikinan pakaian, proses toile, cara membuat sampling, menghidupkan tekstur pada pakaian, di mana mahu menyembunyi dart dan macam-macam lagi!
https://www.instagram.com/p/CD5lMKcjJxd/
https://www.instagram.com/p/CEJ_CbbFwkC/
https://www.instagram.com/p/CEOoEuzFNaw/
https://www.instagram.com/p/CEApGfyF-fK/
https://www.instagram.com/p/CEJ3YnEltX_/
Apa pandangan anda?