Posted on November 2, 2020
Potret Jil Sander oleh Peter Lindbergh
Bulan November ini, UNIQLO mengkhabarkan kegirangan yang pastinya memahat senyuman – pereka fesyen Jil Sander membangkitkan semula kerjasamanya dengan UNIQLO, mengembalikan rangkaian rekaan-rekaan pakaian ultramoden, nada gaya mewah subtle serta minimalis dan rangka pola basi selesa!
Himpunan kolaborasi Jil Sander dan UNIQLO +J akan mula dijual di butik-butik UNIQLO dan di atas talian pada 20 November nanti!
Kegeligaan dalam memartabatkan rekaan bersih yang tidak mengarut, tidak pernah berpaling daripada prinsipnya yang berpegang teguh pada gagasan minimalis dan bertunas ke gaya moden perempuan yang mengutamakan subtleties dalam corak pemakaian, mengangkat nama Jil Sander sebagai pereka fesyen terpenting ketika era 90an. Jil, yang mengagumi Vionnet dan Courreges sepanjang kariernya, tidak sealiran dengan pereka fesyen era 90an yang lain. Dia percaya kepada konsep keringkasan, tidak tunduk pada rekaan penuh dekorasi dan kerap kali menggunakan rona-rona semula jadi. Ia bukannya menancapkan egonya, namun ia berkaitan dengan jati diri.
Jil juga banyak bermain dengan fabrication. Di mana dia bukan sahaja memperkuatkan identitinya menerusi siluet atau aspek basi selesa, malah Jil memfokus pada tekstur dan bijak dalam mempertemukan tekstur berbeza-beza sifat.
Mengenali Jil, dia semedang menegaskan aspek ‘tahan lama’ atau long-lasting dalam rekaan-rekaannya. Baik dalam jenama senamannya, mahupun kerjasamanya dengan UNIQLO, Jil takkan pernah melucutkan aspek long-lasting dalam menampilkan idea rekaanya.
Dan tekaan kita tepat sekali. Jil mengendong aspek long-lasting tersebut ke dalam kerjasama terbarunya dengan UNIQLO musim luruh ini – ya, kerjasama Jil bersama UNIQLO yakni rangkaian +J yang sudah lama terjalin, kembali lagi musim ini! Apa yang kita boleh jangka tentang rangkaian +J musim luruh 2020 adalah kemunculan ‘seragam’ moden basi selesa Jil yang turut mempertemukan proportion seimbang dan juga bentuk-bentuk sculptural.
“Clothes should be long-lasting and enduring. They should serve the wearer and give her or him the energy and self-assurance which is so much needed in our global reality,” kata Jil, dalam mengulas kerjasamanya dengan UNIQLO kali ini.
+J musim luruh dingin 2020 diinspirasikan daripada identiti Jil yang kaya dengan rekaan-rekaan understatement. Teknik jahitan halus diberi perhatian. Manakala penggunaan fabrik pula terdiri daripada fabrik-fabrik functional sehinggalah tweed tulang ikan. Berbicara fasal tekstur awal tadi, Jil tidak mengabaikan aspek tersebut dalam himpunan +J ini – weaves serta surface treatments menghidupkan impak jalinan sentuhan pada rekaan-rekaan pakaiannya.
Rekaan-rekaan outwewear yang tersedia dalam rangkaian +J musim luruh dingin 2020 adalah hybrid down styles, jaket-jaket ala utilitarian, jaket ketenteraan dan kot-kot cashmere. Jaket-jaket tailored serta seluar-seluar gabardin dilengkapi kemasan papery. Manakala kemeja-kemeja bersaiz besar pula hadir dalam pelbagai rona – daripada rona gading sehinggalah hitam.
Apa pandangan anda?