Posted on May 12, 2020
Apa yang Alessandro Michele lakukan untuk kempen Gucci musim pra-luruh 2020 kali ini adalah untuk mendekatkan nilai kesedaran dalam kita tentang menghargai alam semula jadi. Kebetulan satu dunia sekarang terasing dari alam semula jadi, masakan ia tidak membikin rasa rindu kita untuk keluar menyentuh flora mahupun fauna. Kerana sekarang tidak mahu berlalai-lalai dalam menentang penularan penyakit yang menghitamkan sedunia, yang akhirnya seluruh manusia terpencil. Hubungan manusia dengan alam semula bagai renggang, lalu membentuk kebiasaan baharu. Boleh jadi hubungan kedua-dua manusia dan alam semula jadi tak lagi erat seperti dulu. Berbeza mungkin.


10 PERKARA ‘SUSTAINABILITY’ DI GUCCI
Kempen Gucci musim pra-luruh 2020 yang bersandarkan elemen alam semula jadi ini sederap melangkah dengan matlamat Gucci dan Alessandro sendiri yang memperjuangkan sustainability. Ia menegaskan visi Gucci yang amat mementingkan alam, hidupan-hidupan liar serta penghuni rimba dan oleh itu, semenjak tahun 2018 lagi, Gucci telah bertukar menjadi carbon neutral dalam semua rantaian bekalannya. Ini adalah antara sepuluh perkara sustainability di Gucci yang kamu perlu tahu!

-
Neutrak karbon dalam setiap operasi dan rantaian bekalan. Gucci telah berjaya melindungi serta memelihara lebih kurang 1,102,000 hektar hutan serata dunia!
-
Menyertai The Lion’s Share Fund. Gucci berinovasi dari segi setiap kali ia menampilkan haiwan dalam kempen-kempen fesyennya, ia menyumbang 0.5% media spend kepada The Lion’s Share Fund dan dana tersebut telah mengurangkan pemburuan gajah serta menyelamatkan spesis-spesis terancam.
-
Menyeru CEO lain bekerjasama dalam CEO Carbon Neutral. Presiden dan ketua pegawai eksekutif Gucci, Marco Bizzari berkongsi surat terbuka dengan gerombolan ketua pegawai eksekutif yang lain (dalam lapangan fesyen) untuk sama-sama mengawal pemancaran.
-
Sasaran impak aktiviti terhadap persekitaran. Pada tahun 2025 kelak, sasaran Gucci adalah mengurangkan impak sebanyak 40 peratus terhadap environmental profit and loss. Keputusan pada 2018 menunjukkan mereka berjaya mengurangkan sebanyak 16 peratus.
-
Efek tenaga hijau. 80 peratus butik-butik Gucci serata dunia serta pejabat-pejabat dan gudang-gudangnya kini beroperasi dengan berpandukan green energy. Menerusi sumber-sumber semula jadi seperti matahari dan seumpamanya.
-
Recycle dan upcycle. Gucci juga memfokuskan pada bahan-bahan kitar semula atau yang diguna semula dari segi material. Seperti bio-based materials atau material organik. Contoh terbaik adalah bagaimana Gucci upcycle dress yang dipakai oleh Saoirse Ronan ke Golden Globe dan Oscars awal tahun ini.
-
Inovasi baru dalam cara mengilang produk-produk. Gucci tak putus-putus berusaha mencari inovasi baharu dalam mengilang produk-produknya. Seperti contoh program Scrap-less yang mengelakkan pembaziran air serta bahan kimia dan meminimumkan penggunaan bahan yang memperkemaskan leather goods.
-
Program Gucci-Up. Seboleh-bolehnya, Gucci tidak mahu lagi membazirkan penggunaan material atau fabrik dalam penghasilan produk-produknya. Makanya, ia mewujudkan program Gucci-Up – di mana ia berjaya menggunakan semula 11 ton leather scraps dan ‘menyelamatkan’ lebih kurang 4,500 ton CO2 pada 2018.
-
Ketelusan dalam Digital EP&L (Environmental Profit & Loss). Setiap butiran tentang pemancaran GHG, air serta pencemaran udara, penggunaan air, sumber bekalan bahan-bahan produk sehinggalah ke proses pengilangan ‘tertulis’ dalam perkongsian menerusi Digital EP&L.
-
Fashion Pact 2019. Gucci bersama-sama jenama fesyen lain, menandatangani dan kini sama-sama berjuang serta bernaung di bawah Fashion Pact yang bertujuan untuk menyembuh alam dengan memfokuskan kepada tiga aspek utama : Climate, Biodiversities dan Oceans.
Apa pandangan anda?