Posted on May 9, 2024
Kuala Lumpur biasanya meriah dengan pelbagai acara pada hujung minggu dan salah salah satu acara yang wajib kamu singgah adalah Levis® Pit Stop Paradise yang bakal berlangsung pada 11 Mei nanti!
Bertempat di stor Levis®, The Exchange TRX – Levis Pit Stop Paradise merupakan acara eksklusif yang menjanjikan keseronokan dan pengalaman baru untuk orang ramai.
Antara aktiviti yang menanti kamu di sana:
Levi’s® Runway & Style Workshop bersama Azrul Samzard – 1:30 petang dan 5:00 petang.
Stylist terkenal Azrul Samzard bakal meluangkan masa untuk membantu kamu ‘mencari’ gaya paling sempurna mengikut keperluan kamu, tidak kira sama ada untuk menghadiri majlis rasmi atau sekadar gaya kasual harian.
Bengkel ini diadakan khusus bagi memberi inspirasi dan mendidik orang ramai tentang padanan gaya yang bersesuaian. Jadi, tak adalah lagi masalah ‘tak tahu nak pakai apa’. Bengkel Azrul Samzard bakal ‘membuka’ peluang untuk kamu memperhalusi gaya kamu tersendiri dan menonjolkan potensi fesyen kamu dengan Levi’s®.
‘Make it Your Own’ dengan artis grafiti, Cloakwork – 2.30 petang & 5.00 petang
Serlahkan kreativiti kamu dengan bimbingan artis grafiti, Cloakwork – teroka kesenian sebenar grafiti dan tampil lebih berani untuk mengubah potongan denim kamu menjadi karya unik yang mencerminkan personaliti dan gaya kamu. Semua orang bebas bereksperimentasi tanpa sebarang sempadan fesyen dengan Levi’s® dan Cloakwork.
Percuma customization di Levi’s® Tailor Shop
Dengan setiap pembelian denim, kamu berpeluang untuk personalize jeans kamu secara percuma! Antara aksesori tambahan yang tersedia adalah patches, butang shank berwarna dan juga pin – ataupun kamu juga boleh memilih untuk menambah lukisan stencil unik karya Cloakwork.
Bagaimanapun untuk lukisan stencil ia hanya tersedia buat orang ramai daripada 2:30 petang hingga 4:00 petang dan 5:30 petang hingga 7:00 petang sahaja. Jadi, kena pandai-pandai rancang perjalanan agar tidak terlepas slot istimewa untuk personalize jeans kamu dengan lukisan unik ini!
Live DJ on Deck – DJ Megan & DJ Kingston
DJ Megan dan DJ Kingston bakal menghangatkan suasana dengan ritma muzik yang berdetak rancak sepanjang hari! Alunan rentak muzik hangat bakal bakal membuatkan hari kamu di Levis® Pit Stop Paradise lebih mengujakan!
Percuma Levi’s® Summer Swag Bag
Who doesn’t like free gift?? Levi’s® tawar Summer Swag bag edisi terhad secara percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM429! Tapi kena cepat kerana stok adalah terhad!
Kesemua aktiviti di atas terbuka untuk disertai semua pelanggan Levi’s® di The Exchange TRX. Namun, istimewa buat ahli Red Tab Levi’s®, kamu berpeluang menikmati diskaun tambahan sebanyak 15% bagi kesemua barangan Levi’s®. Jika kamu bukan ahli, jangan risau kerana pendaftaran boleh dilakukan secara terus di Levis® Pit Stop Paradise dan nikmati kelebihan sebagai ahli secara serta-merta!
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari levi.com.my
Apa pandangan anda?