• UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
STAIL.MY
  • UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
  • Langgani
STAIL.MY
FESYEN

Gucci Doraemon Bersama-sama Rai Tahun Baru Cina!

Oleh Admin Stail.my0 Comments2 minit untuk membaca

Posted on January 13, 2021

gucci doraemon

Percaya atau tidak? Meraikan Tahun Baru Cina tahun ini koleksi Gucci Doraemon akan menemui peminat setia jenama ini!

Bulat, gemuk dan comel. Ia bersahaja, ‘berjalinkan’ dengan sosok-sosok model lain dalam gambar kempen. Doraemon bertingkah, bercanda dengan yang lain dan menunjukkan fiil-fiil yang sama seperti dalam komik : suka merenyeh, nakal, bergerak lincah dan seakan-akan bertepuk tampar dengan yang lain.

Bersempena merayakan Tahun Baru Cina, Doraemon – yang tiba dari abad ke-22, melangsungkan tugasnya sebagai penyelesai masalah Nobita dan mempunyai poket ajaib yang mampu mengeluarkan kesemua gajet atau alat untuk membantu Nobita, daripada topi helikopter kecil sehinggalah pintu suka hati (ingat lagi?) – menjadi ikon pop Gucci!

gucci doraemon

Gucci Doraemon. Mungkinkah tarikh bernama ‘Tahun Lembu’ 12 Februari nanti akan memperlihatkan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, datang bersiap dalam seperangguan pakaian serta aksesori yang dihiasi corak-corak karakter Doraemon? Tidak mustahil!

Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele menyelongkar semula kartun manga lama yakni Doraemon, mengamati karakternya dan menyemat ia sebagai motif utama dalam rekaan-rekaannya kali ini. Michele menjalinkan unsur harmonis dalam kontras, meneguhkan idea pertemuan karakter Jepun dengan fesyen – ikon bulat birunya Doraemon ‘ditindih’ di atas motif GG pada semua produk, seperti pakaian sedia pakai dan aksesori-aksesori.

Himpunan yang juga menandakan ulang tahun lima dasawarsa kartun ini mula dijual semalam dan susulan daripada itu, satu lagi rangkaian istimewa (yang akan menampilkan Doraemon) bakal dikeluarkan!

gucci doraemon

Mengulang semula pernyataan dalam perenggan pertama tadi – berkenaan dengan kempen fesyen – Gucci menyunting Angelo Pennetta, selaku fotografer untuk kempen Tahun Baru Cina ini. Menyatukan realistik dengan dunia kartun, memunculkan satu gagasan memadukan model-modelnya bersama Doraemon. Seakan-akan berkawan! Gucci berkecindan, mengambil olah-olah signifikan Doraemon seperti seraut mukanya sewaktu nakal, riaknya ketika terkejut serta aksinya sedang menikmati Dorayaki dan dipadankan dengan gaya-gaya modelnya yang lengkap dalam himpunan ini.

Aksi bersarapan bersama, bermain permainan video juga berpesta di dalam bilik, kelihatan Doraemon terselip sekali di mana-mana. Gucci mengumpamakan Doraemon sebagai teman khayalan kepada manusia-manusia di dalam kempen fesyen tersebut.

doraemon gucci lunar new year 2021

Produk-produk dalam rangkaian Gucci Doraemon bersempena Tahun Baru Cina. Pada kesempatan ini juga, Gucci turut menghasilkan packaging khas untuk rangkaian Tahun Baru Cina yakni packaging yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula, sebahagian daripada usahanya menuju ke kelestarian fesyen

doraemondoraemon x guccifesyenguccijapanese mangajepunkartunlunar new yeartahun baru cinatrend

Kongsi

Oleh Admin Stail.my
2
0 Comments
Gucci Doraemon Bersama-sama Rai Tahun Baru Cina!

Terdahulu

Kamala Harris Jadi ‘Isu’ & Pastinya Melania Sakit Hati
Gucci Doraemon Bersama-sama Rai Tahun Baru Cina!

Seterusnya

Warna Darah Haid Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!
Anda mungkin suka
#STAILelaki Beg XS Louis Vuitton & Shopper Bag Fendi – Yang Perlu Dipertimbangkan!
#STAILelaki Beg XS Louis Vuitton & Shopper Bag Fendi – Yang Perlu Dipertimbangkan!
Makna Cinta Burberry Digarap Dalam Kempen Musim Perayaan
Makna Cinta Burberry Digarap Dalam Kempen Musim Perayaan
Transformasi Epik Onitsuka Tiger: Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dengan Pengalaman ‘Immersive’ di Champs-Élysées dan Tokyo!
Transformasi Epik Onitsuka Tiger: Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dengan Pengalaman ‘Immersive’ di Champs-Élysées dan Tokyo!
Pelitup Muka Sempena Raya Ini, Untuk Menyedarkan Nusa!
Pelitup Muka Sempena Raya Ini, Untuk Menyedarkan Nusa!
9 Personaliti, 1 Grunge: Bagaimana Levi’s® Mentafsir Gaya Individualistik Musim Ini
9 Personaliti, 1 Grunge: Bagaimana Levi’s® Mentafsir Gaya Individualistik Musim Ini
Cari ‘Kirana’ Diri & Lawan Rasa Ragu Jadi Tema Kempen Coach
Cari ‘Kirana’ Diri & Lawan Rasa Ragu Jadi Tema Kempen Coach

Apa pandangan anda?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Kategori

Fesyen Now

  • Winter Travel 101: Panduan Memilih Thermal Wear Mengikut Suhu Destinasi
    Winter Travel 101: Panduan Memilih Thermal Wear Mengikut Suhu Destinasi
    2 days agoSTAIL.MY
  • 3 Cara Menggayakan Levi’s® Loose Prep, Ikut Gaya ROSÉ
    3 Cara Menggayakan Levi’s® Loose Prep, Ikut Gaya ROSÉ
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • Winter Dressing in Lijiang: Gaya Musim Sejuk Bersama Universal Traveller
    Winter Dressing in Lijiang: Gaya Musim Sejuk Bersama Universal Traveller
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • Street In Focus: Bila Fotografi Analog Bertemu Identiti Streetwear Kuala Lumpur
    Street In Focus: Bila Fotografi Analog Bertemu Identiti Streetwear Kuala Lumpur
    1 month agoSTAIL.MY
  • Dr. Cardin Bawa ‘The Overlooked Malaysia’ Keluar Dari Skrin
    Dr. Cardin Bawa ‘The Overlooked Malaysia’ Keluar Dari Skrin
    1 month agoSTAIL.MY
  • 5 Perkara Menarik Di Sebalik Pertunjukan CABBEEN “WINDS UNBOUND”
    5 Perkara Menarik Di Sebalik Pertunjukan CABBEEN “WINDS UNBOUND”
    1 month agoSTAIL.MY
  • 5 Jenama Lokal Pilihan STAIL.MY Sempena Hari Malaysia
    5 Jenama Lokal Pilihan STAIL.MY Sempena Hari Malaysia
    2 months agoSTAIL.MY
  • Anna Jobling Serlahkan Aura Wanita Moden Dengan Barang Kemas TOMEI Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026
    Anna Jobling Serlahkan Aura Wanita Moden Dengan Barang Kemas TOMEI Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026
    3 months agoSTAIL.MY
  • BLVCLOUD Perkenal Identiti Baharu Menswear Malaysia Menerusi THE GODFATHER
    BLVCLOUD Perkenal Identiti Baharu Menswear Malaysia Menerusi THE GODFATHER
    4 months agoSTAIL.MY
  • Daripada Elle Woods Ke New York It-Girl: Lexi Minetree Dan Beg Yang Sedang Menjadi Perhatian
    Daripada Elle Woods Ke New York It-Girl: Lexi Minetree Dan Beg Yang Sedang Menjadi Perhatian
    5 months agoSTAIL.MY
https://www.youtube.com/watch?v=8iaT7XkkPiU

 

  • Home
  • Tentang Kami
  • Advertising
  • Privacy Policy
  • Terms & Conditions
  • Hubungi Kami
Copyrights © 2019 STAIL.MY Version 3 (2023). All Rights Reserved.

This site uses cookies to ensure you get the best experience on our website. By continuing to browse the site, you are agreeing to our use of cookies.

OK More information