Posted on July 13, 2020
Bagaimana cara baharu pertunjukan fesyen pasca-COVID- 19? Ikut saja cara Loewe Show In A Box! Sambutan pertunjukan atau persembahan fesyen yang tak lagi mengikut ‘metode’ tradisonal – mengikut kalendar sosial, diadakan dalam minggu-minggu tertentu dan dilangsungkan secara fizikal di atas pentas peragaan – semakin menjadi-jadi. Termasuklah Loewe dengan menganjurkan konsep yang membuktikan daya kreatifnya yang tiada had.
Maria Grazia Chiuri dan Matteo Garrone berjaya meralitkan kita dengan cereka fesyen pendek yang menaruh fantasi, eksotisisme dan mencemerlangkan kesenian. Maria dan Matteo memperhalusi mitos Greek yang diselimuti kisah fesyen Theatre de la Mode, bagi mempersembahkan himpunan Dior Couture musim luruh dingin 2020. Ia diperkatakan minggu lalu, sungguhpun ada sanggahan kerana mendakwa ia tidak menampilkan diversifikasi.
Namun apa yang dipersembahkan oleh Dior itu sekurang-kurangnya merawat minda kita yang merindui fesyen dan ia umpama satu penglahiran semula ‘fesyen’.
Atas tuntutan keras kerana ancaman dunia, bermacam-macam ‘metode’ telah dianjurkan oleh beberapa rumah fesyen untuk mempersembahkan himpunan masing-masing. Baik couture mahupun menswear. Daripada cereka fesyen ke pertunjukan phygital, sebagai langkah untuk memperbaharui konsep minggu fesyen. Termasuklah Loewe yang muncul dengan inisiasi show-in-a-box dan bagi kami, ‘metode’ Loewe untuk persembahan menswear musim bunga panas 2021 ini cukup genius!
Sejurus selepas melihat Instagram post Pelayo Diaz yang berkongsi momen sebaik sahaja menerima archive box daripada Loewe, kami mengerti sedikit-sedikit apa yang cuba disampaikan oleh Loewe dan Jonathan Anderson. Pelayo mula dengan membuka archive box tersebut, yang terisi oleh beberapa folder. Dalam setiap folder itu tersisip nota pertunjukan, lakaran kesemua looks serta aksesori yang sudah dikerat untuk dibentukkan kepada kotak, – ala templat paper doll di mana bila sudah membentukkan kepada kotak kecil, ia memimik look dan aksesori dalam bentuk tiga dimensi yang menonjolkan bahagian hadapan, tepi juga belakang – kemudian Loewe menyelit sekali contoh tekstur teknik dan juga vinil rekod.
https://www.instagram.com/p/CCgz6gKIzZN/
Apa sebenarnya show-in-a-box daripada Loewe itu? Ia adalah sebuah kotak dalam saiz yang senang dibawa atau diangkut dan bahagian luarannya dilengkapi oleh tekstur kanvas yang menyerupai kulit buku terbitan Loewe sendiri. Folder dalam kotak tersebut adalah internal dividers yang diasingkan mengikut beberapa kandungan – seperti yang dinyatakan di atas yakni lakaran, nota pertunjukan dan sebagainya – yang memerihalkan kreativiti serta inovasi Loewe untuk ‘membawa’ pertunjukan dalam skala kotak kepada audiens. Ini adalah cara Loewe adalah untuk mengajak audiens untuk mengamati sensorial experience.
Idea pertunjukan fesyen yang muat dalam sebuah kotak dicetuskan oleh Jonathan Anderson sendiri bersama-sama M/M (Paris). Mengenali Jonathan yang baru-baru ini tak lokek berkongsi pola kardigan Harry Styles dengan gerombolan Tik Tokers, makanya tak mustahil untuk dia memunculkan konsep yang sama dalam mempersembahkan Loewe menswear musim bunga panas 2021 dan himpunan womenswear pre-collection : konsep perkongsian pengalaman dengan audiens! Jonathan meminjam inspirasi show-in-a-box ini daripada eksperimen Marcel Duchamp yang memperkenalkan Museum In A Box. Bukan sahaja menghidangkan pengalaman, malah membenarkan audiens untuk merasainya dengan sentuhan, melihat dengan mata kasar dan seolah-olah berhubungan dengan Loewe secara tidak langsung.
Archive box yang terkandung surat daripada Jonathan Anderson, beberapa booklet yang menerangkan inspirasi Loewe musim bunga panas 2021 yang diolah kepada bentuk kotak 360 darjah, kad-kad yang menjelaskan tekstur rekaan, jenis fabrik yang digunakan atau fabric swatches sebagai rujukan
Looks daripada Loewe menswear musim bunga panas 2021 yang dipersembahkan dalam bentuk kotak ala templat paper doll
Apa pandangan anda?