SEARCH

Pleated Skirt Chopova Lowena, Gantung Pada Pinggang – Adakah Ini Trend Skirt Sekarang?

Pleated Skirt Chopova Lowena, Gantung Pada Pinggang – Adakah Ini Trend Skirt Sekarang?

Setelah melihat Susie Bubble menyarung pleated skirt Chopova Lowena berantai yang digantungkan pada bahagian pinggang – boleh jadi ia apropriasi budaya kerana mengibaratkan skirt berlisu kaum Hmong – kami fikir-fikir, adakah ia trend skirt sekarang? Secara spesifiknya, mengulang trend skirt dengan butiran lisu yang kembali meronai dunia fesyen?

Rupanya bukan seperti skirt berlisu ala-ala Cher Horowitz mahupun gaya skirt Nicole Richie atau yang Ashley Tisdale pernah pakai pada awal tahun 2000-an. Bukan. Rekaan skirt ini unik, bahagian pola skirt bergantung, dilengkapi cangkuk rantai pada bahagian gathers lisu tersebut yang ‘terikat’ pada hujung pinggang. Malah cara penggayaan Susie pun cantik, di mana dia lapis skirt itu over ceraian utamanya – ala-ala skirt over shirt.

Pleated Skirt Chopova Lowena

Terima kasih kepada pereka duo yang berpangkalan di United Kingdom yakni Chopova Lowena, kerana menafaskan semula trend skirt berlisu tetapi diperbaharui gaya rekaannya. Diberi suntikan baharu!

Sewaktu berlangsungnya minggu fesyen baru-baru ini, gaya skirt berlisu yang direka oleh Chopova Lowena ini terlihat di jalanan. Spot on. Bukan sahaja Susie yang menyarung skirt daripada Chopova Lowena, malah Courtney Trop (pemilik akaun Instagram @alwaysjudging) turut menggayakannya. Terpaut hati menatap gaya skirt ini. Barangkali sebab kelainan yang ditampilkan. Bagai ada disharmoni dari aspek rekaan, kerana siluetnya adalah skirt berlisu biasa, namun sedikit radikal dan ekspresif pada perincian-perinciannya. Skirt ini seperti senang untuk digayakan, sama ada go ‘very enthusiastic’ atau go neutral.

Pleated Skirt Chopova Lowena

Lihat cara Courtney pakai. Dia memilih untuk tidak terlalu loud dan sarung ia atas kemeja dress putih labuh putih, menjadikan skirt tersebut focal point. Jelas pereka duo ini, cara olahan lisu itu dipanggil Bulgarian pleats, inspirasi yang tercetus daripada teknik wanita-wanita Bulgaria menghasilkan lisu secara tradisional. Cangkuk yang digunakan untuk menggantung kepala skirt itu pun adalah ilham klip karabiner, yakni klip yang selalu pendaki-pendaki guna sewaktu memanjat gunung.

Kiranya, Chopova Lowena sememangnya menghayati pakaian tradisional wanita Bulgaria, menerapkan ia menjadi sandaran utama jenamanya.

Pleated Skirt Chopova Lowena

 

 

Kami jangka hasil rekaan Chopova Lowena ini pasti menjadi kegilaan pencinta-pencinta fesyen. Skirt ini dijual di Matches Fashion pada harga lebih kurang 720 Euro (bersamaan dengan RM 3,300) dan salah satu rekaan skirtnya yang menggunakan fabrik kitar semula sekarang on sale! Dijual pada harga 290 Euro (bersamaan dengan RM 1,300).

Pleated Skirt Chopova Lowena

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE