Posted on October 3, 2023
Akhir bulan September lalu, Daiyan Trisha berkelana ke kota New York, bertemu dengan Jennifer Lawrence, Barbara Palvin dan bintang Kpop, Suzy serta pelakon Thailand, Kao Supassara Thanachart untuk memeriahkan acara pelancaran jam tangan Mini DolceVita daripada Longines!
“I like lots of things. But there are three things I like most. Love, love and love.” – Sylvia dalam filem ‘La Dolce Vita’ (tahun 1960)
Kehadiran bintang-bintang dari Malaysia, Thailand, Korea dan Amerika ini menggemilangkan Gotham Hall di kota New York. Daiyan Trisha, Kao Supassara Thanachart, Suzy, Jennifer Lawrence dan Barbara Palvin antaranya, datang meraikan pelancaran jam terbaru daripada Longines yakni Mini DolceVita. Acara malam itu mencedok tema ‘La Dolce Vita’ yang membawa maksud ‘sweet life’ dalam bahasa Itali dan tema ini dipilih kerana sengaja mahu melawan ‘konotasi’ kota New York yang seringkali diungkapkan sebagai “the city that never sleeps.”
Setelah menyambut mesra figura-figura ternama pada malam itu, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Longines yakni Matthias Breschan memperkenalkan rangkaian koleksi jam tangan Mini DolceVita dan kemudiannya mempersembahkan cereka kempen fesyen yang menampilkan Jennifer Lawrence – bintang utama yang berlakon dalam kempen tersebut.
“Mini DolceVita adalah jam tangan yang bisa mengekspresikan quiet luxury serta elegan kontemporari. Jam tangan ini adalah rujukan terbaik bagi menggambarkan sifat dinamik dan citra wanita yang penuh bersemangat, sama seperti tetamu-tetamu kehormat yang diraikan kami,” kata Breschan.
Sedikit Tentang Longines Mini DolceVita
Elegan menjadi kata kunci untuk menggambarkan dan mengamati Longines Mini DolceVita – yang menampilkan saiz case keluli tahan karat berukuran 21.50mm x 29mm dan tersedia dalam dua rekaan (tanpa diamond settings dan dilengkapi diamond settings). Jam tangan ini hadir dalam rekaan tidak kompleks dan begitu jelas, mengutip sifat lembut yang berasosiasi dengan ‘titisan terimba’ Longines. Yakni menginspirasikan jam tangan legenda Longines yang dicipta pada tahun 1972 dan menyalin semula bentuk asal DolceVita pada tahun 1997. Kiranya, rangkaian Mini DolceVita bukan sahaja memperbaharui, bahkan mengemaskinikan generasi Longines!
Apa pandangan anda?