Posted on March 11, 2020
Ya! Tiba masa untuk follow Fashion TikTokers! Kami baru sahaja berjinak-jinak dengan TikTok – sama juga dengan saya yang baru buka akaun TikTok peribadi, lol! Dan ketaasuban kami terhadap TikTok setakat ini menjadi-jadilah juga. Lalu membuatkan kami mengamati TikTok dan cuba mengenali ‘mekanikal’-nya.
Pada masa yang sama, kami juga discover beberapa fashion influencers yang turut memiliki akaun TikTok – or should we call them Fashion TikTokers? – di mana mereka menjadikan platform TikTok tersebut untuk mengetengahkan segala hal yang berkaitan dengan fesyen! Siapa antara Fashion TikTokers ini yang menjadi pilihan kami?
Chriselle Lim (@chrisellelim) yang menayangkan kehidupannya sebagai seorang fashion influencers. Dia berkongsi dengan kita perihal dia menghadiri minggu fesyen, tip stail yang menunjukkan penggayaannya serta senario melancong ke negara orang. Chriselle malah tak lokek berkongsi tips kecantikan seperti cara menggayakan rambut dan juga penjagaan kulit. Yang menariknya lagi, Chriselle ada alter ego yakni Rich Mom yang menyandiwarakan sketsa lucu si ibu kaya yang berangan.
Seorang lagi fashion TikTokers yang harus diikuti adalah Tantri Namirah (@tantrinamirah) yang memperlihatkan gaya-gaya modest si hijabis. Kami suka dengan kreativiti penggayaannya yang digabungkan dengan lagu-lagu serta efek-efek TikTok. Menjadikan akaun TikTok-nya bukan sahaja informative, malah fun to watch.
Bercakap tentang akaun TikTok yang berkongsi tip stail, akaun milik Veronika Molnar (@whatverowears) pun menarik juga. Dia selalu memuat naik video outfit idea seraya seolah-olah berinteraksi dengan pengikut-pengikutnya untuk merasai sekali pengalaman memilih gaya-gaya tertentu. Buat yang menggemari fesyen 80an, retro 70an atau 60an, bolehlah ikut akaun TikTok Maris Jones (@marisjones), yang melabel dirinya ‘Professional Time Traveler’. Akaun TikTok Maris sangat kreatif, berani dan playful! Dalam akaun TikTok-nya, Maris bergaya ala-ala perempuan 80an, kadang-kadang menggayakan pakaian era 70an dan 60an. Ada ketikanya, post Maris ditambah efek tacky ala-ala cereka fiksyen sains dulu-dulu!
Apa pandangan anda?