Posted on March 18, 2020
Kehadiran Maisie Williams dan teman lelakinya, Reuben Selby ke pertunjukan Thom Browne musim luruh dingin 2019 pada bulan September tahun lalu telah menjadi topik utama perbualan kami. Sebelum ke pertunjukan tersebut, Maisie mengoles matanya dengan pembayang mata berwarna merah dan teman lelakinya itu, si Reuben pun menyapu warna yang sama pada matanya juga. Mereka datang memesrai pertunjukan fesyen dalam persalinan Thom Browne yang hampir sama dengan warna pembayang mata mereka. How cool is that?!
Reuben ikut sahaja apa yang Maisie buat, and he’s not complaining. Mungkinkah mereka berdua adalah pasangan gen-Z yang stailish abad ini? Bagi kami… ya!
Jemu melihat pasangan stailish lain atau pasangan yang tidak kelihatan ‘natural’, terlalu mencuba-cuba untuk nampak stailish. Namun, Maisie dan Reuben umpama pasangan yang menyegarkan mata kami. Mereka muda, berani candang, ‘gila-gila’ dan yang menariknya, seia sekata dalam segala hal fesyen.
Semua sedia maklum siapa Maisie Williams, kan? Fanatik Game Of Thrones akan tahulah yang Maisie adalah Arya Stark dalam siri epik tersebut. Tetapi siapa Reuben Selby? Here’s a short and sweet facts about Reuben. Reuben adalah pengasas bersama agensi model yakni Contact Agency. Reuben bekerja bersama pereka fesyen, editor majalah, membantu fotografer, penata gaya, model-model baharu serta casting director dan amat jelas bahawa dia sebenarnya sudah membabitkan diri dalam industri fesyen. Tidak hairan-lah, Reuben bijak berfesyen.
Bertemu pula dengan Maisie, terus cocok! Seperti gemi berjodoh dengan ikan.
Beberapa kali juga kelihatan Maisie dan Reuben, – syot-syot paparazi, ke acara-acara tertentu dan seumpamanya – muncul dalam gaya-gaya yang mencuri perhatian. Terkadang mereka berdua muncul mengitari jalanan dalam penggayaan kasual yang nampak cool dan moden. Dan menginspirasikan kami! Terkadang juga mereka berdua just play around with their outfits, terutama sekali ketika menghadiri minggu fesyen. Yalah, kedua-duanya masih muda dan ia tidak menyempadani mereka untuk bergaya apa pun.
Malah lihat sahaja akaun Instagram Maisie, yang sering memuat naik gambar-gambar dia bersama Reuben, menggayakan pakaian yang sepadan. Contohnya, mereka berdua memakai baju panas Charles Jeffrey Loverboy dan menyarung persalinan blazer serba putih sewaktu diundang ke majlis perkahwinan.
Apa pandangan anda?