Posted on August 12, 2024
Jenama tempatan kini boleh dikatakan sudah mula mendapat tempat di hati orang ramai, daripada produk kecantikan sehinggalah aksesori dan pakaian semuanya sudah semakin diterima dengan baik.
Istimewa bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, kami ingin berkongsi salah satu jenama tempatan yang mengetengahkan pelbagai plihan kasut buat lelaki dan juga wanita – termasuk kasut harian, sukan sehinggalah pilihan formal yang bergaya dan selesa untuk digayakan.
Larrie Men Olive New Season Casual Stylish Sneakers sangat ringan dan mudah dipakai. Ia mempertaruhkan keselesaan dan gaya hasil gabungan bahan berkualiti tinggi – menjadikan ia sebuah kasut yang unik dengan kelebihan tersendiri.
Gabungan warna olive dan hitam membolehkan kasut ini melengkapi pelbagai gaya harian kamu, paling mudah gayakan sahaja dengan jeans berona gelap bersama t-shirt polos – sudah cukup bergaya untuk kamu keluar berhujung minggu!
Bila sebut tentang Larrie, satu benda yang tak perlu kamu khuatiri adalah tentang keselesaan, tidak kira untuk kasut lelaki mahupun wanita – Larrie yang mula diperkenalkan pada 1978 mengambil serius akan faktor keselesaan agar kamu dapat menggayakan kasut mereka sepanjang hari.
Lace Up Larrie Men’s Easy Going Lace Up Sneakers mempunyai potongan selesa, breathable lining dan dilengkapi dengan tapak luar TPR tahan lama serta ringan. Ia juga sangat fleksibel dan mempunyai kemampuan extra grip membolehkan kamu melangkah dengan penuh bergaya dan selamat.
Pilihan untuk Wanita
“Beauty is pain” – itu kata-kata yang selalu kita ucapkan pada diri sendiri untuk ‘sedapkan hati’ apabila terpaksa menyarung kasut cantik yang hakitkanya menyakitkan kaki dan langsung tidak selesa.
Mengambil kira akan kesukaran ini, Larrie tampil selangkah kedepan dengan Larrie Ladies +2CM Height Incereased Secure Sneakers. Memberikan kamu effect lebih tinggi, sneakers ini hadir dengan enam pilihan warna-warna neutral memudahkan kamu untuk padankan ia dengan pelbagai pilihan outfit.
Bagi menjamin keselesaan yang berpanjangan, kasut ini diperhebat dengan 3-point rebound arch support insole yang bersifat anti-bakteria serta mengurangkan risiko kecederaan kaki.
Psst.. Sedikit pesanan, jika kamu merancang untuk membuat pembelian secara atas talian sila ambil satu saiz lebih kecil berbanding saiz kebiasaan kasut kamu.
Pilihan seterusnya adalah Larrie Ladies Velcro Adjustable Sandals – sesuai buat kamu yang gemarkan gaya santai tetapi tetap mahu kelihatan stylish.
Padanan tali lembut pada sandal bersama alas kaki berkusyen EVA membolehkan kamu menerokai bandar-bandar baru, membeli-belah mahupun keluar cafe hunting bersama teman-teman tanpa perasaan gusar dan ketakutan akan sakit kaki.
Tak pasti bagaimana nak gayakan sandal ini? Jangan risau! Paling mudah gayakan dengan skirt tennis untuk look yang lebih feminin bersama sweatshirt mahupun t-shirt untuk gaya yang terlihat lebih effortless – sesuai buat keluar bersama tersayang!
Buat kamu yang berminat untuk mengetahui koleksi penuh Larrie dan promosi terkini mereka, kamu boleh lawati laman web rasmi mereka di mylarrieshoes.com atau ikuti Instagram @mylarrieshoes.
Apa pandangan anda?