
Jenama tempatan kini boleh dikatakan sudah mula mendapat tempat di hati orang ramai, daripada produk kecantikan…
Lelah juga rasanya pabila empat hari berkampung di Pavilion menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2017. Saya harus menunjukkan sokongan terhadap teman-teman pereka yang rata-rata bertungkus-lumus menyiapkan koleksi untuk KLFWRTW 2017. Satu-satunya platform yang mengangkat karya-karya pereka fesyen tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat setempat juga Nusantara. Setiap tahun juga saya meletakkan harapan kepada teman-teman pereka agar mereka dapat menghasilkan koleksi yang memberangsangkan, memberi inspirasi dan mempamerkan bakat dan kreativiti. Agar ada setitik cahaya di hujung jalan…