Posted on March 30, 2025

New Balance 471 – New Balance kembali dengan satu lagi inovasi menarik untuk peminat sneaker. Model terbaru ini menggabungkan warisan larian era 1970-an dengan rekaan minimalis dan versatil, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan gaya kasual yang bergaya.

Rekaan Ikonik dengan Ciri Klasik
Mengambil inspirasi daripada model legenda New Balance, 471 hadir dengan rekaan yang bersahaja tetapi tetap menonjol. Joe Walsh, Lead Footwear Designer di New Balance, menyatakan bahawa kasut ini menggunakan elemen vintaj seperti lapisan suede berbulu (hairy suede overlays) dan jaring tenun (woven mesh) untuk memberikan penampilan klasik dengan sentuhan moden.

Setiap perincian pada New Balance 471 direka dengan teliti untuk memastikan gabungan keselesaan dan estetika yang sempurna: Midsole EVA – Menyerap hentakan untuk keselesaan sepanjang hari
Lidah busa terdedah – Memberikan efek ‘unfinished’ yang autentik
Corak overlay ‘fang’ pada toebox – Diinspirasikan daripada model ikonik New Balance 320
Logo ‘N’ kulit dan aksen kulit pada kolar serta tumit – Menambah elemen premium pada kasut

Serasi dengan Semua Gaya
Salah satu kelebihan utama New Balance 471 ialah versatiliti. Sama ada dipadankan dengan seluar jeans, jogger, atau chinos, kasut ini melengkapkan gaya santai, sporty atau smart casual dengan mudah. Model ini juga telah diperagakan oleh duta jenama New Balance, Cameron Brink, semasa NBA Paris Games, membuktikan keupayaan kasut ini untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana.

New Balance 471 pilihan STAIL!
Untuk peminat sneaker yang ingin memiliki kasut bergaya dengan DNA klasik New Balance, New Balance 471 kini boleh didapati di butik New Balance di The Exchange TRX dan Pavilion KL, serta secara atas talian bermula 26 Mac 2025 dengan harga RM449. Lebih banyak warna akan dilancarkan dalam masa terdekat, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini!
Layari laman web New Balance untuk maklumat lanjut! www.newbalance.com.my
Apa pandangan anda?