Posted on January 18, 2021
Realiti hidup masa kini yang terpaksa kita telan. Pelitup muka tidak lagi dikira sebagai satu keperluan, namun ia sudah menjadi kelaziman kita. Pergi ke mana-mana sahaja, ia wajib ada. Seperti mana telefon pintar akan selalu dibawa, begitu jugalah pelitup muka. Serasa tidak lengkap, semacam terjadi kebersalahan jika tidak ‘kendong’ face mask sekali.
Suka atau tidak, renyah ke tak, lekas rasa rimas atau tidak… face mask is here to stay. Manusia sekarang sudah begitu reseptif terhadap rutin memakai face mask yang kini menudungi mulut serta hidung, yang sudah menyembunyikan senyuman atau terkadang merumitkan lisan kita. Face mask adalah satu kelaziman dah dalam melangsungkan kehidupan masing-masing. As I said before, like it or not, it’s here to stay.
Tahun lalu, sudah pernah kami tulis tentang trend face mask menguasai minggu fesyen New York untuk musim bunga panas 2021. Pernah juga sekali itu, kami bercakap tentang usaha Prada dan Christian Siriano menjadikan pelitup muka sebagai satu ciptaan baharu. Nampak gayanya, tahun ini, – awal tahun 2021 ini – izinkan kami untuk menyambung lagi bicara fasal ciptaan terpenting tahun ke-20 untuk abad ke-21 ini, yakni pelitup muka.
Rick Owens musim bunga panas 2021
Mengapa? Disebabkan pemerebakan COVID-19 yang tidak mampu lagi dikawal. Kes orang yang dijangkiti COVID-19 di negara kita sudah mencecah angka ribuan, hari-hari. Kelmarin sahaja, kita sudah catat kes tertinggi – lebih 4,000 kes positif! Dan sekarang? Pada awal 2021 ini, kita kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan (kecuali Perlis dan Sarawak). Kembali kuarantin dan ‘mengurung’ diri di rumah. Boleh jadi berbulan-bulan Perintah Kawalan Pergerakan ini, memandangkan kes positif COVID-19 amat menakutkan.
Tanggungjawab kita? Sekarang, kita adalah barisan hadapan. Kita harus berganding bahu dan agresif dalam melawan COVID-19. Perkara terbaik yang boleh atau mampu kita lakukan? Wear a damn mask.
Lapangan fesyen adalah medium yang ‘cukup mudah’ untuk dirujuk. Apalagi rata-rata jenama fesyen – high end brands – menjadikan face mask sebagai aksesori tambahan dalam himpunan mereka. Segala jenis ciptaan pelitup atau pelindung muka ditampilkan. Baik berupa visor, mahupun pelitup muka yang diperbuat daripada material yang dikatakan boleh memblok kemasukan virus. Ada juga yang mengumpamakan pelitup muka sebagai aesthetic, menggunakan material yang melambangkan identiti sesuatu jenama itu. Walau bagaimanapun, tidak kisahlah visor ke atau pelitup muka aesthetic semata-mata untuk kelihatan stailish ke, sebaliknya usaha jenama fesyen untuk menyedarkan manusia tentang kepentingan pelitup muka itu harus dipuji.
Bak kata Marine Serre, pereka fesyen yang mengembalikan trend pelitup muka sebelum wujudnya COVID-19, “Berpakaian perlu sama-sama disempurnakan dengan kefungsian.” Lantaran itu, beberapa jenama fesyen high end sederap melangkah menajamkan kekreatifan masing-masing dalam memunculkan idea face mask.
Marni musim bunga panas 2021
Contohnya, Gypsy Sport mereka pelitup muka yang sarat dengan kilau-kemilau, manakala Bora Aksu pula berani candang mengeluarkan idea face mask kain jarang yang nampak mulut serta hidung. Bercakap tentang berani, Balenciaga menggabungkan aspek aksesori subang telinga dengan pemakaian face mask. Ya, benar, Balenciaga tidak ‘terkelencong’ daripada pola rekaan face mask yang sebetulnya. Namun melengkapkan penampilannya dengan subang yang ‘bersenggayut’ di telinga seperti ‘melaung’ “Might as well make it fashionable.”
Jenama-jenama lain yang menjadikan pelitup muka sebagai trend to-stay-in-2021 termasuklah Eckhaus Latta, Rick Owens, Marni dan sudah tentulah, Marine Serre.
Oh, satu lagi peringatan. Jika face mask itu reusable, jangan lupa cuci! Kalau boleh, yang reusable harus kerap kali dicuci. Jangan hanya ada satu sahaja, seelok-eloknya miliki lima atau tujuh helai reusable face mask. Hey, as we have said before, pelitup muka sudah menjadi kelaziman. Tidak kisah dah nak berbelanja lebih membeli lima atau tujuh helai reusable face mask!
Marine Serre musim bunga panas 2021
Eckhaus Latta musim bunga panas 2021
Anna Sui musim bunga panas 2021
Bora Aksu musim bunga panas 2021
Balenciaga musim bunga panas 2021
Apa pandangan anda?