Posted on July 13, 2021
Tentunya waktu dia mengumumkan pengundurannya dari dunia rekaan sewaktu bersama Celine pada 2017, dunia fesyen bersedih dan terkejut. Tetapi jauh di sudut hati, saya tahu dia ada perancangannya tersendiri. Semalam, Business of Fashion (BoF) secara eksklusif memgumumkan Phoebe Philo returns!!!! Dengan jenama daripada namanya sendiri tetapi mendapat pelaburan minoriti daripada konglomerat mewah LVMH.
Jenama baru ini akan menggunakan nama Phoebe Philo Studio Ltd didaftarkan oleh Philo dan suaminya Max Wigram pada 9 Julai 2021 menurut Companies House. Ia akan berpengkalan di London. Dalam kenyataannya kepada BoF, dia merasakan kepulangannya ke dalam dunia fesyen sebagai “exciting dan fulfilling.” Dia juga memberi kenyataan tentang akhirnya dia menjadi majikannya sendiri setelah bekerja di Chloe dan 10 tahun di Celine. “To be independent, to govern and experiment on my own terms is hugely significant to me,” kata Philo.
Phoebe Philo Returns: Apakah Falsafah Rekaannya Berubah?
Tentang rekaan pula, tiada siapa pun dapat menafikan akan kehebatan Philo malah banyak yang tak sabar menanti apakah bentuk rekaan yang akan dipersembahkan olehnya. Ini kerana sepanjang dia di Chloe dan Celine, hampir setiap musim dia berjaya mencipta trend yang akan menjadi ikutan wanita (dan lelaki) di seluruh dunia. Estetika rekaannya yang berakar daripada kualiti dan rekaan pasti akan dikekalkan dalam koleksi barunya nanti.
“I am somebody who is interested in how clothes make us feel,” Philo pernah memberitahu Sarah Mower di Vogue. Tapi menarik juga untuk melihat apa yang bakal dipersembahkan oleh Philo dalam dunia yang kita diami hari ini. Apa yang Philo rasakan tentang pakaian, penggunaannya dan reaksi peminat terhadapnya terutamanya selepas pandemik. Apakah akan ada baki-baki rekaan daripada koleksinya untuk Chloe dan Celine dulu atau apakah falsafah rekannya akan berubah haluan sama sekali.
Namun, penantian kita tidak akan cepat berakhir kerana Philo hanya akan mengumumkan rancangan koleksinya hanya pada Januari 2022 sahaja.
10 Rekaan Phoebe Philo Yang Membekas di Ingatan
1
(Gambar pertama di atas)
Celine Spring/ Summer 2014
2
Celine Autumn/ Winter 2013
3
Celine Autumn/ Winter 2015
4
Celine Spring/ Summer 2016
5
Celine Spring/ Summer 2017
6
Celine Spring/ Summer 2011
7
Celine Autumn/ Winter 2017
8
Celine Spring/ Summer 2014
9
Celine Autumn/ Winter 2013
10
Celine Spring/ Summer 2016
Apa pandangan anda?