Posted on April 14, 2020
Kesungguhan sejagat jadi kreatif sewaktu #PKP bagai menggila! Quarantine pillow challenge, berjalan di atas sawat injak bak berada di atas pentas runway dan top model bergaya sakan depan kamera telefon antara yang menjadi sohor kini. Oh, dan tak lupa juga idea jenama fast fashion yang memunculkan idea kempen fesyen musim baharu di rumah model-modelnya pun turut menambat perhatian!
Challenge diwujudkan sepanjang perintah kawalan pergerakan atau sewaktu kuarantin? Nah, it’s not something new. Apalagi kalau antara kerja kita adalah menghadap telefon atau berseronok melayari media sosial sahaja, then, what else? Yang bertujuan untuk menghabiskan masa, menenggelamkan gundah pabila mengenangkan keadaan pandemik sekarang dan sudah tentulah, kerana hype ‘mengajak’ semua orang mahu menjadi sebahagian daripadanya.
QUARANTINE PILLOW CHALLENGE
Challenge terbaru yang menjadi tular minggu lepas adalah quarantine pillow challenge. Challenge atau cabaran yang menghendaki si penyahut cabaran menjadikan bantal sebagai pakaian dan dililit dengan tali pinggang. Kemudian total look dilengkapi lagi oleh aksesori lain seperti kasut atau beg tangan.
https://www.instagram.com/p/B-7AYiEB0p2/
https://www.instagram.com/p/B-pc-D6i1Nq/
https://www.instagram.com/p/B-zP5LBgvPR/
https://www.instagram.com/p/B-xHS0TjQeS/
Cabaran yang berteraskan fesyen dan sangat mudah untuk direalisasikan, jadi, siapa yang tidak mahu mencubanya, kan? Ingat lagi bagaimana Viktor & Rolf musim luruh dingin 2005 menghidangkan rekaan berilhamkan hamparan gebar selesa atas katil, siap dengan bantal serta duvet yang diolah memimik bentuk jaket panjang… membuktikan Viktor & Rolf barangkali adalah pengembara masa dan tepat sekali ramalan mereka tentang menggayakan bantal dalam masa 15 tahun mendatang. Lol!
#QuarantinePillowChallenge atau #PillowChallenge mula diasaskan pada awal bulan April lalu di mana idea tersebut dikemukakan oleh blogger fesyen, @stylebynelli dan @myforteisfashion. Mereka berdua seterusnya mencabar yang lain untuk turut sama-sama menyertai. Sehingga kini, #QuarantinePillowChallenge diolah oleh ribuan orang menerusi Instagram. Malah, tak cukup dengan bantal, ada yang mengambil selimut atau cadar katil dan diubah menjadi pakaian.
MODEL ‘BUAT HAL’, CATWALK & POSING!
https://www.instagram.com/p/B-rgHbCphOU/
Satu lagi perkara menarik di Instagram yang mencuri perhatian kami adalah olah top model menyandiwarakan lagak catwalk dan posing depan camera yang sengaja dilebih-lebihkan. They’re fun to watch! Antaranya model lokal kita, Amber Chia yang melakukan catwalk di atas sawat injak seraya menggayakan beberapa #OOTD dan seakan-akan menyaksikan pertunjukan fesyen. Sambil dia berjalan, pakaiannya bertukar-tukar – seperti mana editing pakaian bertukar-tukar yang ramai orang buat di Tik Tok.
https://www.instagram.com/p/B-zk2FXlA4H/
Selain Amber catwalk di atas sawat injak, top model Coco Rocha pula mempamerkan cabaran ragam posing di hadapan kamera menerusi Instagram-nya! Diiringi tanda pagar #PoseAtHome, Coco bertukar-tukar pakaian serta lokasi di sekitar rumahnya sahaja dan konon-konon gambarnya ditangkap oleh kamera. Sudahlah Coco dikenali dengan gelaran “Queen of Posing”, dia pun mulalah ‘galak’ beraksi nakal dan sengaja melakukan posing yang over!
KEMPEN FESYEN ZARA DI RUMAH MODEL SENDIRI
Oh, ada kamu lihat kempen fesyen terbaru daripada Zara? Pujian harus diberikan kepada jenama fast fashion ini kerana mereka bukan sahaja lekas dalam bab merujuk fesyen di atas pentas peragaan, malah lekas dalam hal memunculkan idea untuk kempen fesyen yang baharu. Dalam pada segenap dunia kini ‘berehat’ duduk di rumah, Zara dengan bijaknya menerapkan idea #SelfIsolation sebagai tema kempen fesyen musim bunga panas 2020.
Jenama tersebut menghantar terus produk-produk atau pakaian-pakaian ke rumah model-modelnya – antaranya Cara Taylor dan Malgosia Bela – dan memebenarkan mereka mengambil gambar sendiri (barangkali mengunakan telefon atau kamera sendiri) dengan berlatarkan rumah masing-masing! That is so cool. Hasilnya? Gambar kempen fesyen yang raw, natural, tidak membabitkan produksi besar-besaran dan ringkas sahaja ideanya.
Inilah yang dikatakan the new normal. Tambahan lagi, apa yang dipersembahkan oleh Zara serta model-modelnya ini membuahkan inspirasi kepada kita untuk mengambil gambar #OOTD di sekitar rumah. Kan?
Apa pandangan anda?