Posted on April 14, 2021
Rihanna in 7 days. Ya, dan dalam masa seminggu itu, semua stail yang disarung Rihanna sangat on-point. Kami menghuraikan satu persatu…
Kot labuh varsiti ini daripada Raf Simons. Dengan initial R pada bahagian dada, ia seolah tercipta untuk dia Rihanna. Dia memadankan pula dengan pointy heels. Perlagaan antara konsep kasual dan elegan yang sungguh menjadi.
Stail Rihanna memang ramai yang tahu sangat peribadi. Dia tidak langsung menurut sebarang peraturan gaya yang ditetapkan pasaran atau trend. Stail dia adalah milik dia dan dia seorang. Lebih sedekad dia menghidangkan pelbagai gaya kasual apalagi kalau gaya red carpet yang pasti menjadi bualan seluruh dunia. Stail kasualnya memang terlihat sempoi, effortless dan tak peduli kata orang.
Dia menyarung apa yang dia suka. Helaian yang dia selesa pakai. Tetapi dalam masa sama masih stylish dan mencipta individualiti. Bermula awal Mac, Bad Gal ini mula muncul di tempat-tempat awam dan tentulah gayanya menjadi perhatian sekali lagi. Dari oversize coat Raf Simons sehinggalah kepada kot vintaj Chanel, ohhhh stailnya cukup memberi inspirasi. Rihanna memang memilih helaian berdasarkan karakter dan personaliti dirinya. Dan di sini kami akan menghuraikan satu persatu stail yang ditampilkan.
RIHANNA IN 7 DAYS
Kot ini pula dari Rick Owens. Kali ini dia memadankan dengan dress pendek terbelah tepi bersama strappy heels yang juga terlihat sebagai perlagaan antara kasual dan elegan. Tetapi semuanya dikekalkan dalam warna hitam.
Look ini dari R13. Quirky, elegan tetapi masih effortless. Kot bulu bercorak harimau bintang dipadankan dengan dress rona terang. Oh dan topi besbol digunakan untuk ‘street styling’ the whole look.
Gaya sporty daripada Brain Dead ini dipecahkan dengan tas tangan comel Goyard dan tumit tinggi menunjukkan high and low. Rihanna, why are you so cool!!!!
Dia sekali lagi tampil dengan jaket shearling yang sama tetapi dipadankan dengan dress ala lingeri dan but tinggi. Sepertinya dia baru terjaga dan harus keluar bertemu teman, hanya sarungkan sahaja jaket dan but tinggi untuk style it up!
Vintaj kot Chanel with a sweat suit. Yasssss!!!! Bersama tas tangan dan tumit tinggi elegan. Nampak kan falsafah gaya Rihanna yang cukup konsisten dalam setiap penampilannya.
Ghetto all the way!!! Dengan seluar army dan kemeja T gaya utilitarian. Tetapi di up kan dengan kot bulu pendek. Ohhhh don’t we all wish to dress like her.
Apa pandangan anda?