Posted on July 28, 2020
Minggu lepas, musim kelima Rupaul’s Drag Race All Stars telah memahkotakan Shea Coulee – daripada Rupaul’s Drag Race musim kesembilan – sebagai juara! Sungguhpun tersingkir daripada musim kesembilan sebelum ini, Shea menebus kekalahan tersebut, menggasak dua pencabar terkuatnya yakni Jujubee dan Miz Cracker. Namun penyerlahan Shea dalam setiap cabaran serta kreativiti yang ditampilkan di atas pentas peragaan yang menempatkan dia di kedudukan teratas, lantaran meraih gelaran pemenang.
But, don’t sleep on Shea’s runway looks and appearance! She’s serving, y’all! Tidak. Pernah. Menghampakan! Pujian buat Shea dan pasukannya, yang membuktikan daya kreatif juga daya cipta kerana berjaya menghasilkan runway looks yang selalunya di luar jangkaan. Bukan sahaja menyisip nilai seni dalam setiap rekaan, malah tidak mengabaikan faktor fesyen. Secara spesifiknya, gaun kembang berona bubblegum pink yang dipakai oleh Shea sewaktu finale. Gaun yang direalisasikan olehnya bersama Viktor Luna – Viktor adalah peserta daripada Project Runway musim kesembilan – dan Beau Tombs. Gaun tersebut disamakan dengan rekaan Balenciaga, sehingga dinamakan sebagai Bubblegum Balenciaga Fantasy.
Sememangnya kami nampak keserupaan itu. Siluet gaun tersebut yang kembang, voluminous dengan butiran simpulan dasi larger-than-life di bahagian badan belakang, menyapu imbasan kami pada gaya rekaan Cristobal Balenciaga. Ia sangat-sangat cantik, ada kelas dan thoughtfully done. Seperkara lagi, menurut Shea, gaun Bubblegum Balenciaga Fantasy itu pun diinspirasikan daripada dress prom ibunya. Menjadikan gaun tersebut punya pengamatan dari segi makna di sebalik rekaannya.
Bukan ketika finale sahaja Shea membuktikan citarasa fesyennya yang distingtif. Shea turut menambat perhatian, mempamerkan kehebatannya pada masa sama, menggeletek hati kita, dalam cabaran catwalk yang lain. Paling membekas adalah bodysuit sarat batu Swarovksi yang diilhamkan daripada imej Venus. Di mana Shea ‘menggunakan’ rekaan tersebut di atas pentas, untuk merai sekali kebanggaan terhadap kulit serta tubuh badannya.
https://www.instagram.com/p/CBW4Th-n7CJ/
Satu lagi runway look Shea yang kami suka adalah gaya kemeja T labuh dengan corak berus angin. Dalam penceritaannya, corak berus angin itu adalah hasil tangan ‘sepupunya’ sendiri dan ia didedikasikan untuk mendiang neneknya. Shea muncul di atas pentas peragaan, seraya menenteng bungkusan keropok Cheetos dan melakonkan watak anak buah perempuan RuPaul yang dramatik bernama Shaquita. Lol! Kemeja T bercorak berus angin ini adalah sesuatu yang kita bisa lihat Jeremy Scott akan reka untuk Moschino, kan?
https://www.instagram.com/p/CCe4My1nBX6/
BEBERAPA LOOKS SHEA COULEE YANG KAMI SUKA!
https://www.instagram.com/p/CB8aoqqHjvv/
https://www.instagram.com/p/CBo2dlzHewT/
https://www.instagram.com/p/CCM02DNn-GB/
https://www.instagram.com/p/CCOUi42n6Et/
Apa pandangan anda?