Posted on April 6, 2021
Virtual Red Carpet SAG menyaksikan selebriti-selebriti hanya mengambil gambar di perkarangan rumah dalam ruang lingkup selesa tetapi masih muncul bergaya.
Screen Actors Guild (SAG) Awards sering menjadi lapangan untuk selebriti Hollywood tampil dengan fesyen teatrikal. Entah mengapa? Mungkin kerana sifat semulajadi anugerah ini yang sering mengiktiraf sisi seni sebenar pelakon-pelakon Hollywood. Tahun ini sama seperti kebanyakan anugerah lainnya, ia berlangsung secara virtual sahaja. Tetapi ia juga bermakna kita dapat melihat rata-rata calon menggayakan busana karpet merah dari belakang rumah mereka sahaja.
Lihat sahaja Kerry Washington yang langsung berendam dalam kolam renang bersama dress Etro dan headpiece nya. Gambar yang dimuat naiknya amat artistik. Dia memberi penghormatan kepada Esther William, perenang era 40-an yang terkenal dengan gayanya rutin renang beriramanya dan headpiece bertatah permata. Dia juga menggayakan barang kemas Bvlgari.
Emma Corrin, the next fashion icon menurut Ardi pula bergaya grunge dengan persalinan Prada lengkap but hitam utilitarian. Saya secara peribadi menggemari stail peribadi Corrin kerana dia dilihat menongkah arus dan tidak gentar dalam bergaya untuk karpet merah serta sama sekali tidak mengikut norma gaya yang biasa.
Virtual Red Carpet SAG Awards: 11 Look Terbaik
Emma Corrin, Prada
Elle Fanning, Gucci
Cynthia Erivo, Alexander McQueen
Nicole Kidman, Armani Prive
Kerry Washington, Etro & barang kemas Bvlgari
Jared Leto, Gucci
Rege Jean, Louis Vuitton
Glenn Close, Oscar de la Renta
Abbey Lee, Saint Laurent
Dan Levy, The Row
Jonathan Bailey, Brunello Cucinelli
Apa pandangan anda?