Posted on October 21, 2023
Nadia Mahmood, 32 – Pencipta Kandungan & Pekerja Korporat
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Hi, nama saya Nadia Mahmood atau boleh juga panggil saya Nadee. Saya berusia 32 tahun dan sudah berkahwin. Kami suami isteri gemarkan kandungan kreatif, kami berdua adalah pencipta kandungan dan pekerja korporat.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Saya dan suami mengetengahkan kandungan podcast di kedua-dua Instagram dan Tiktok. Podcast kami membincangkan tentang akronim bahasa Malaysia. Contohnya, akronim ‘AWAS’ yang membawa maksud ‘Anda Waspada Anda Selamat’.
3 – Bagaimana kamu dan suami terfikir untuk mulakan siri podcast?
Saya memulakan kerjaya sebagai Pengurus Media Sosial. Jadi, saya sudah terbiasa untuk cipta kandungan buat syarikat saya bekerja. Kerana minat yang mendalam, saya juga cuba untuk hasilkan kandungan melalui media sosial saya sendiri.
Podcast akronim pertama yang kami rakam sebenarnya hanyalah test shot. Namun, tak sangka ia mendapat sambutan yang baik. Video pertama kami mendapat lebih daripada empat puluh ribu tontonan di TikTok.
4 – Kenapa kamu memilih untuk mengetengahkan topik akronim dalam bahasa Malaysia?
Sebab kadang-kadang kita lupa akan perkataan-perkataan asas dalam bahasa Malaysia. Ini adalah usaha saya untuk menghidupkan rasa sayang kepada bahasa kita. Saya percaya ada banyak cara kita boleh jadi kreatif dengan mengetengahkan bahasa Malaysia.
5 – Pendapat kamu tentang generasi masa kini yang lebih selesa berbahasa Inggeris?
Pada saya, penting untuk rakyat kita tahu sekurang-kurangnya perkataan asas dalam bahasa Malaysia. Kadang-kadang kita terlalu condong ke barat, tapi sebenarnya bila kita merantau ke luar negara kebanyakkan mereka selesa berbahasa ibunda mereka sendiri. Jadi, mengapa di Malaysia kita tak mahu peduli tentang bahasa kebangsaan? Kita perlu seimbangkan penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris.
6 – Kongsikan antara kandungan yang ingin kamu ketengahkan di masa hadapan?
Saya dan suami ada berbincang tentang siri terbaru podcast kami, siri ini masih lagi tentang akronim. Cumanya, kami bakal membincangkan tentang perkataan di dalam bahasa Jepun yang hampir sama dengan bahasa Malaysia. Nantikan!
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Lasik adalah pilihan yang paling ideal untuk saya kerana saya rimas berkaca mata. Biasanya, bila saya mengenakan kaca mata ia akan meleret jatuh terutama sekali ketika saya berpeluh. ” – Nadia Mahmood
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : We11done dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?