Posted on October 18, 2025

Pernahkah kita terfikir bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam? Dalam era di mana segalanya bergerak pantas — dari kerja yang tak pernah habis, kehidupan sosial yang sibuk hingga ke tekanan media sosial — konsep self-care kini bukan lagi tentang memanjakan diri semata-mata, tetapi tentang mencari keseimbangan yang menyeluruh. Hari ini, semakin ramai wanita (dan lelaki!) mula memahami bahawa menjaga diri bukan tanda kelemahan, tetapi satu bentuk kekuatan. Self-care adalah tentang mengenal keperluan diri, memberi ruang untuk berehat, dan mengisi semula tenaga agar kita mampu memberi yang terbaik — bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga kepada diri sendiri.

Self-Care Bukan Lagi Sekadar Rawatan Spa
Bagi sesetengah orang, self-care bermaksud meluangkan masa bersendirian dengan secawan kopi dan buku kegemaran. Bagi yang lain, ia mungkin bersenam, bermeditasi, atau menjalani rawatan wajah yang memberi keyakinan baharu. Apa pun bentuknya, ia harus memberi rasa tenang dan memperbaiki hubungan kita dengan diri sendiri. Menariknya, semakin banyak jenama kecantikan kini turut melihat wellness sebagai sebahagian daripada perjalanan kecantikan.
Antara yang terkini ialah kempen “Still Me With More” oleh BMF The Aesthetics People dan Svenson, dua jenama yang sudah lama sinonim dengan kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia. Kempen ini menyeru kita untuk melihat self-care bukan sekadar kemewahan, tetapi satu keperluan harian. Ia mengingatkan bahawa kecantikan sejati bukan datang daripada kulit yang sempurna, tetapi daripada keseimbangan minda dan emosi yang stabil.

Keindahan Dalam Keseimbangan
Dalam pelancaran kempen ini bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, beberapa personaliti termasuk Ezzanie Jasny dan Dato Fazley Yaakob berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana self-care membantu mereka kekal yakin dan autentik di tengah tekanan hidup. Daripada amalan mindfulness, bersukan, hingga menjalani rawatan kulit dan rambut yang menyegarkan, mesejnya jelas — kesejahteraan diri bukan perkara remeh. Ia adalah pelaburan jangka panjang untuk kesihatan mental, emosi dan fizikal.
Baca : Hari Kesihatan Mental Sedunia: Mencorak Kesejahteraan Mental Bersama-sama

“Still Me With More” – Pesanan Untuk Diri Kita Semua
Di sebalik kempen BMF x Svenson ini, tersirat satu mesej yang mudah tetapi mendalam: kita tidak perlu berubah menjadi orang lain untuk menjadi versi terbaik diri. Cukup dengan memberi ruang untuk Reset, Recharge, dan Recover, kita boleh kekal sebagai diri sendiri — cuma kali ini, dengan lebih ketenangan, lebih keyakinan dan lebih kasih terhadap diri.
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?