
Jogja bukan sekadar destinasi pelancongan – ia sebuah gaya hidup. Kota ini hidup dengan warna, aroma dan rasa yang membuat sesiapa sahaja jatuh cinta pada keseimbangannya antara tradisi dan modenisasi. Sebagai seseorang yang kerap terbang dengan AirAsia ke pelbagai destinasi, termasuk Jogja, perjalanan saya bermula sebaik sahaja menaiki pesawat. Santan sudah menjadi teman setia – Pak Nasser’s Nasi Lemak yang mengingatkan saya pada rasa rumah, dipadankan dengan Chick-a-Pop Nacho Cheese sebagai snek ringan di udara. Comfort food yang membuatkan pengembaraan bermula dengan senyuman.


Tambahan pula, dengan AirAsia Malaysia (AK) yang kini menawarkan 18 destinasi ke Indonesia, akses jadi semakin mudah. Dari Kuala Lumpur, kamu boleh terbang ke Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Yogyakarta, Banda Aceh, Makassar, Padang, Pekanbaru, Balikpapan, Labuan Bajo, Lombok, Palembang, Semarang, Pontianak – dan bermula 20 Oktober 2025, Banjarmasin juga bakal menyusul. Bukan itu sahaja, AirAsia turut menghubungkan terus Kuching ke Pontianak serta Penang ke Jakarta dan Medan.

The Urban Pulse: Malioboro dan Sekitarnya
Jalan Malioboro adalah nadi komersial Jogja. Di sinilah deretan beca berbunyi loceng, penjual batik menawarkan hasil tangan mereka dan aroma sate serta kopi hitam mengisi udara. Sensory overload? Ya, tapi itulah keistimewaannya.


Ketika menyusuri jalan ini, saya sempat singgah ke beberapa kedai batik dan kebaya vintaj — salah satunya sebuah kedai kecil bernama Bu Pur, yang kini tular di TikTok kerana koleksi kebaya vintajnya yang luar biasa cantik, semuanya berharga antara 45,000 (RM12) hingga 60,000 rupiah (RM15) sahaja. Dari potongan klasik hingga sulaman halus yang penuh karakter, setiap helaian terasa seperti membawa kisah masa lalu. Saya juga tidak melepaskan peluang mencari batik tradisional, sesuatu yang menjadi lambang seni dan warisan Jogja yang masih hidup hingga kini.

Tidak jauh dari Malioboro, wujud budaya kafe dan ruang kerja bersama yang semakin berkembang. Jogja kini menjadi destinasi pilihan pelajar, kreatif dan digital nomad. Dari kopi hitam pekat hinggalah ke flat white moden, suasana ini melengkapkan ritma gaya hidup kota Jogja.


Hidden Corners: Tradisi dan Cerita
Namun di sebalik hiruk-pikuk Malioboro, Jogja menyimpan sisi lain yang lebih tenang — lorong-lorong kecil yang membawa kamu ke galeri seni bebas, bengkel batik dan rumah lama yang kini dijadikan ruang pameran. Di sinilah keaslian budaya masih bernafas; setiap perincian, dari ukiran kayu hingga kain batik yang dijemur di halaman, menggambarkan keindahan keseharian masyarakatnya. Jogja bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi sebuah kota yang mengajar kamu menghargai pertembungan antara tradisi dan modeniti — di mana sehelai kebaya vintaj boleh menjadi seindah secawan kopi pagi di tengah kehidupan urban yang meriah.


A Culinary Adventure for the Senses
Tiada Jogja tanpa gudeg. Hidangan nangka muda yang manis-savory ini biasanya disajikan dengan nasi, ayam, telur dan krecek. Cuba di Gudeg Yu Djum untuk rasa tradisi atau di restoran moden untuk versi kontemporari. Selain itu, jangan lepaskan Sate Klatak yang unik kerana dibakar menggunakan besi, Bakpia Pathok yang manis berinti kacang dan Angkringan – gerai jalanan dengan kopi arang serta makanan ringan murah yang menjadi tempat lepak anak muda hingga lewat malam.

Wellness, Creativity & Connection
Jogja juga semakin menonjol sebagai pusat wellness moden. Yoga di tepi sungai, sound healing, malah bengkel eco-pounding untuk menghasilkan warna semula jadi daripada tumbuhan – semuanya membuktikan bagaimana tradisi boleh disatukan dengan trend moden. Komuniti seni kontemporari juga berkembang pesat. Galeri-galeri kecil, seringkali di bangunan lama yang diubahsuai, menjadi ruang ekspresi artis tempatan.

Escape & Adventure: Alam di Pintu Kota
Jogja juga dikelilingi alam yang menakjubkan. Gunung Merapi menjulang gagah – kamu boleh menaiki jeep merentas laluan lava beku atau mengunjungi muzium untuk memahami sejarah letusan gunung berapi ini. Untuk yang mencari pengalaman mistik, Pantai Parangtritis dengan pasir hitamnya penuh legenda. Dan bagi pencinta pengembaraan, Jomblang Cave menawarkan pemandangan “cahaya syurga” yang jatuh menembusi kegelapan gua vertikal.


Tip Perjalanan: Kasut yang Tepat, Langkah yang Mudah
Untuk menikmati Jogja, kamu mesti banyak berjalan – dari Malioboro hingga gunung, dari pantai hingga galeri. Sebab itu saya tidak pernah tinggalkan Larrie Shoes dalam bag saya. Kasut ini ringan, bergaya dan paling penting, selesa. Percayalah, kasut yang baik menjadikan pengembaraan lebih lancar. Kesimpulannya, hidup di Jogja adalah tentang keseimbangan – tenaga dan ketenangan, tradisi dan moden. Dengan AirAsia, perjalanan ke sini mudah, dengan Santan kamu sudah mula “travel with flavour” dari atas awan dan dengan Larrie, setiap langkah jadi lebih bermakna.




















Apa pandangan anda?