Posted on December 10, 2025

Ketika tirai hujung tahun mula berlabuh, Pusat Beli-Belah Alamanda Shopping Centre Putrajaya menghidupkan keindahan musim Krismas dengan sentuhan magis yang cukup mempesona. Bermula 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Centre Court Alamanda bertukar menjadi destinasi perayaan terindah dengan dekorasi yang bukan sekadar cantik—tetapi juga sangat Instagram-worthy.
Estetika Perayaan yang Elegan

Sebuah pokok Krismas bertingkat yang megah menjadi tumpuan, dikelilingi gerbang berlampu serta bebola hiasan bercahaya. Setiap sudut Centre Court dirancang dengan penuh teliti, memancarkan aura glamor yang mengingatkan kita kepada kemeriahan Krismas di kota-kota fesyen dunia.

Di sebalik kemilau lampu dan perincian dekorasi yang rapi, keseluruhan ruang turut direka sebagai pengalaman visual mewah, menggabungkan elemen tradisi dengan sentuhan kontemporari. Pencahayaan hangat, palet warna perayaan yang sofistikated serta hasil seni dekoratif yang dipilih dengan cermat menjadikan setiap ruang di sini ssempurna untuk merakam kenangan atau sekadar meluangkan masa bersama tersayang.
Persembahan & Aktiviti Sempena Krismas
Alamanda memastikan setiap pengunjung—dari kanak-kanak hingga golongan dewasa—merasai pengalaman musim perayaan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan memori indah untuk dikenang.
Persembahan Perayaan – 13, 20 & 25 Disember
Setiap hujung minggu, pengunjung bakal dihiburkan dengan rangkaian persembahan perayaan seperti tarian Krismas dan persembahan balet kanak-kanak yang bakal menyerikan kembali mood perayaan dikalangan kanak-kanak, bahkan juga orang dewasa.
Santa’s Magic Show – 13, 14, 20, 21 & 25 Disember
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan Santa’s Magic Show yang menjanjikan detik hiburan penuh keriangan untuk semua.
Santa Claus Meet & Greet – 25 Disember
Hari Krismas di Alamanda lebih istimewa dengan kehadiran Santa Claus sendiri, Membawa keceriaan dan manisan untuk kanak-kanak. Satu momen yang pasti menjadi memori manis buat mereka.
Bengkel Kreatif VIKids – 13, 14, 20, 21 & 25 Disember
Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids pula berpeluang mengikuti bengkel seni eksklusif seperti sesi menghias donat—aktiviti yang bukan sahaja menggembirakan malah menambah sentuhan peribadi pada sambutan percutian mereka.
Ganjaran Membeli-Belah Istimewa

Musim perayaan membawa bersama keghairahan untuk berbelanja dan Alamanda memastikan setiap pembeli merasai keistimewaan itu sepenuhnya. Di sini, pengalaman membeli-belah dipertingkatkan dengan ganjaran eksklusif, membolehkan pengunjung pulang bukan sahaja dengan barangan idaman, tetapi juga hadiah istimewa yang menjadikan pengalaman mereka terasa lebih personal, mewah dan penuh makna.
Tier 1
Belanja RM500 ke atas (maksimum dua resit) dan nikmati Alamanda Shopping e-Voucher bernilai RM30.
Tier 2 – High Spenders
Untuk pembeli premium yang berbelanja RM1,500 ke atas, hadiah lebih eksklusif menanti, iaitu Alamanda Shopping e-Voucher bernilai RM80.
Meraikan Semangat Perayaan Dengan Komuniti

Selari dengan komitmen Suria KLCC Group, Alamanda turut menggerakkan inisiatif kesedaran kesihatan mental sepanjang kempen perayaan ini. Melalui jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10, seluruh hasil bakal disalurkan kepada NGO kesihatan mental—mengingatkan kita bahawa perayaan paling bermakna ialah apabila kita bersama-sama menyokong kesejahteraan komuniti.
Krismas di Alamanda Putrajaya tahun ini bukan sekadar dekorasi dan kemeriahan—ia adalah pengalaman menyeluruh yang menggabungkan seni, hiburan, kebajikan dan tentunya gaya. Sama ada kamu hadir untuk mengambil foto, berbelanja atau mencipta momen keluarga, Alamanda terus menghidupkan keajaiban Krismas di Putrajaya dengan sentuhan elegan dan pesona, sambil meraikan semangat komuniti serta kesejahteraan bersama.
Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman web rasmi mereka di SINI.
Baca: Ezaidi Aziz & Andy Teh Luang Masa Di Alamanda Shopping Centre Baharu: Destinasi Gaya, Makanan & Hiburan Terkini Di Putrajaya
.gif)





















.gif)

Apa pandangan anda?