• UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
STAIL.MY
  • UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
  • Langgani
STAIL.MY
GAYA HIDUP

Alamanda Shopping Centre Putrajaya Sambut Krismas Dengan Suasana Magis & Aktiviti Menarik

Oleh STAIL.MY0 Comments3 minit untuk membaca

Posted on December 10, 2025

Krismas Alamanda Putrajaya

Ketika tirai hujung tahun mula berlabuh, Pusat Beli-Belah Alamanda Shopping Centre Putrajaya menghidupkan keindahan musim Krismas dengan sentuhan magis yang cukup mempesona. Bermula 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Centre Court Alamanda bertukar menjadi destinasi perayaan terindah dengan dekorasi yang bukan sekadar cantik—tetapi juga sangat Instagram-worthy.

Estetika Perayaan yang Elegan

Krismas Alamanda Putrajaya

Sebuah pokok Krismas bertingkat yang megah menjadi tumpuan, dikelilingi gerbang berlampu serta bebola hiasan bercahaya. Setiap sudut Centre Court dirancang dengan penuh teliti, memancarkan aura glamor yang mengingatkan kita kepada kemeriahan Krismas di kota-kota fesyen dunia.

Di sebalik kemilau lampu dan perincian dekorasi yang rapi, keseluruhan ruang turut direka sebagai pengalaman visual mewah, menggabungkan elemen tradisi dengan sentuhan kontemporari. Pencahayaan hangat, palet warna perayaan yang sofistikated serta hasil seni dekoratif yang dipilih dengan cermat menjadikan setiap ruang di sini ssempurna untuk merakam kenangan atau sekadar meluangkan masa bersama tersayang.

Persembahan & Aktiviti Sempena Krismas

Alamanda memastikan setiap pengunjung—dari kanak-kanak hingga golongan dewasa—merasai pengalaman musim perayaan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan memori indah untuk dikenang.

Persembahan Perayaan – 13, 20 & 25 Disember
Setiap hujung minggu, pengunjung bakal dihiburkan dengan rangkaian persembahan perayaan seperti tarian Krismas dan persembahan balet kanak-kanak yang bakal menyerikan kembali mood perayaan dikalangan kanak-kanak, bahkan juga orang dewasa.

Santa’s Magic Show – 13, 14, 20, 21 & 25 Disember
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan Santa’s Magic Show yang menjanjikan detik hiburan penuh keriangan untuk semua.

Santa Claus Meet & Greet – 25 Disember
Hari Krismas di Alamanda lebih istimewa dengan kehadiran Santa Claus sendiri, Membawa keceriaan dan manisan untuk kanak-kanak. Satu momen yang pasti menjadi memori manis buat mereka.

Bengkel Kreatif VIKids – 13, 14, 20, 21 & 25 Disember
Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids pula berpeluang mengikuti bengkel seni eksklusif seperti sesi menghias donat—aktiviti yang bukan sahaja menggembirakan malah menambah sentuhan peribadi pada sambutan percutian mereka.

Ganjaran Membeli-Belah Istimewa

Musim perayaan membawa bersama keghairahan untuk berbelanja dan Alamanda memastikan setiap pembeli merasai keistimewaan itu sepenuhnya. Di sini, pengalaman membeli-belah dipertingkatkan dengan ganjaran eksklusif, membolehkan pengunjung pulang bukan sahaja dengan barangan idaman, tetapi juga hadiah istimewa yang menjadikan pengalaman mereka terasa lebih personal, mewah dan penuh makna.

Tier 1
Belanja RM500 ke atas (maksimum dua resit) dan nikmati Alamanda Shopping e-Voucher bernilai RM30.

Tier 2 – High Spenders
Untuk pembeli premium yang berbelanja RM1,500 ke atas, hadiah lebih eksklusif menanti, iaitu Alamanda Shopping e-Voucher bernilai RM80.

Meraikan Semangat Perayaan Dengan Komuniti

Krismas Alamanda Putrajaya

Selari dengan komitmen Suria KLCC Group, Alamanda turut menggerakkan inisiatif kesedaran kesihatan mental sepanjang kempen perayaan ini. Melalui jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10, seluruh hasil bakal disalurkan kepada NGO kesihatan mental—mengingatkan kita bahawa perayaan paling bermakna ialah apabila kita bersama-sama menyokong kesejahteraan komuniti.

Krismas di Alamanda Putrajaya tahun ini bukan sekadar dekorasi dan kemeriahan—ia adalah pengalaman menyeluruh yang menggabungkan seni, hiburan, kebajikan dan tentunya gaya. Sama ada kamu hadir untuk mengambil foto, berbelanja atau mencipta momen keluarga, Alamanda terus menghidupkan keajaiban Krismas di Putrajaya dengan sentuhan elegan dan pesona, sambil meraikan semangat komuniti serta kesejahteraan bersama.

Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman web rasmi mereka di SINI.

Baca: Ezaidi Aziz & Andy Teh Luang Masa Di Alamanda Shopping Centre Baharu: Destinasi Gaya, Makanan & Hiburan Terkini Di Putrajaya

Aktiviti Krismas PutrajayaalamandaAlamanda Putrajaya 2025Christmas Putrajaya MallDekorasi Krismas MalaysiaGanjaran membeli-belah AlamandaKrismas Alamanda PutrajayaSambutan Krismas pusat beli-belahtrend

Kongsi

Oleh STAIL.MY
1
0 Comments
Alamanda Shopping Centre Putrajaya Sambut Krismas Dengan Suasana Magis & Aktiviti Menarik

Terdahulu

Oribe x Kustaa Saksi: Anyaman Seni, Mitologi Nordik & Ritual Rambut Moden
Alamanda Shopping Centre Putrajaya Sambut Krismas Dengan Suasana Magis & Aktiviti Menarik

Seterusnya

Denza D9: MPV Premium Yang Menjadikan Road Trip Keluarga Lebih Istimewa
Anda mungkin suka
Dari Khaohsiung Hingga Ke Taipei, 5 Tarikan Berbaloi Untuk Dilawati
Dari Khaohsiung Hingga Ke Taipei, 5 Tarikan Berbaloi Untuk Dilawati
Warung Eropa: Di Mana Asas Bali Bersatu dengan Rasa Malaysia
Warung Eropa: Di Mana Asas Bali Bersatu dengan Rasa Malaysia
Perodua D55L: Harga Sekitar RM60K, Cantas Harga Proton X50?
Perodua D55L: Harga Sekitar RM60K, Cantas Harga Proton X50?
6 Instagram Percutian Terbaik 2019 Harus Dijadikan Impian Untuk Ke Sana
6 Instagram Percutian Terbaik 2019 Harus Dijadikan Impian Untuk Ke Sana
Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas
Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas
Pengajaran Coronavirus: Keep Calm & Control Your Mind
Pengajaran Coronavirus: Keep Calm & Control Your Mind

Apa pandangan anda?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Kategori

Gaya Hidup Now

  • More Than Just A Stay: Aktiviti Menarik Yang Menanti Di Club Med Lijiang
    More Than Just A Stay: Aktiviti Menarik Yang Menanti Di Club Med Lijiang
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • Beyond the Usual China: Menyelusuri Keindahan Lijiang Bersama Club Med
    Beyond the Usual China: Menyelusuri Keindahan Lijiang Bersama Club Med
    2 weeks agoSTAIL.MY
  • The Preloved Club X GSR UOW Malaysia Himpunkan 14 NGO, Selebriti & Pempengaruh Demi Komuniti
    The Preloved Club X GSR UOW Malaysia Himpunkan 14 NGO, Selebriti & Pempengaruh Demi Komuniti
    3 weeks agoSTAIL.MY
  • The Federal Kuala Lumpur Kembali: Sebuah Ikon Lama, Dengan Cerita Baharu
    The Federal Kuala Lumpur Kembali: Sebuah Ikon Lama, Dengan Cerita Baharu
    1 month agoSTAIL.MY
  • Mid-Autumn di Toh Yuen: Menikmati Hidangan Cina dan Phoenix Prestige Mooncakes di Hilton Petaling Jaya
    Mid-Autumn di Toh Yuen: Menikmati Hidangan Cina dan Phoenix Prestige Mooncakes di Hilton Petaling Jaya
    2 months agoSTAIL.MY
  • Rasa Kita, Cerita Kita: Luckin Coffee Bawa Kisah Malaysia Ke Dalam Secawan Kopi
    Rasa Kita, Cerita Kita: Luckin Coffee Bawa Kisah Malaysia Ke Dalam Secawan Kopi
    3 months agoSTAIL.MY
  • GU:UM Kembali Ke ATAS, Membawa Korean Steakhouse Moden Oleh Chef Louis Han
    GU:UM Kembali Ke ATAS, Membawa Korean Steakhouse Moden Oleh Chef Louis Han
    3 months agoSTAIL.MY
  • 5 Lokasi Shio Pan di KL Yang Berbaloi Untuk Dicuba
    5 Lokasi Shio Pan di KL Yang Berbaloi Untuk Dicuba
    3 months agoSTAIL.MY
  • A Stay with Character di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Hotel
    A Stay with Character di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Hotel
    3 months agoSTAIL.MY
  • Kenapa DoubleTree Resort by Hilton Penang Pilihan Tepat Untuk Percutian Keluarga
    Kenapa DoubleTree Resort by Hilton Penang Pilihan Tepat Untuk Percutian Keluarga
    4 months agoSTAIL.MY
https://www.youtube.com/watch?v=8iaT7XkkPiU

 

  • Home
  • Tentang Kami
  • Advertising
  • Privacy Policy
  • Terms & Conditions
  • Hubungi Kami
Copyrights © 2019 STAIL.MY Version 3 (2023). All Rights Reserved.

This site uses cookies to ensure you get the best experience on our website. By continuing to browse the site, you are agreeing to our use of cookies.

OK More information