Posted on December 28, 2021
Tiga puluh tahun lalu, Ayrton Senna menjadi pelumba Formula 1 termuda memenangi tiga kejuaraan dunia. Hari ini, meraikan pencapaian Senna, TAG Heuer dan jenama The Senna melancarkan koleksi Edisi Terhad TAG Heuer Formula 1.
Bendera kotak hitam putih berkibar di Australian Grand Prix untuk Ayrton Senna memberikannya kemenangan keenam sepanjang musim dan memenangi Formula 1 World Championship. Senna menjadi duta TAG Heuer sejak 1988. Dia mendominasi disiplin tertinggi lumba kereta dan menjadi juara dunia pada 1988, 1989 dan 1991. Dengan koleksi terbaru TAG Heuer Formula 1 Senna Spercial Edition ini, TAG Heuer mengembalikan memori pelumba mistikal dalam sejarah F1 ini.
TAG Heuer Formula 1 Senna Special Edition
TAG Heuer Formula 1 chronograph memberi penghormatan kepada Ayrton Senna. Tambahan baru kepada koleksi Formula 1 jenama ini, ia meraikan keberahian tak padam dan komitmen jenama ini kepada lumba kereta.
Salah satu ciri hebat jam tangan ini ialah tali kulitnya dicacah seperti tayar kereta lumba merujuk juga kepada S/EL yang Senna pakai pada jam tangan TAG Heuer nya. Tali ikonik ini yang pertama dibuat oleh jenama ini. Rekaan bentuk S uniknya sangat dikenali. Ia juga dijahit benang kuning serta dilengkapi clasp double safety system push button.
Simbol double S (jenama ikonik pelumba ini) menjadi mahkota kepada bezel jam tangan ini pada jam 12 bersama nama Senna. Ada lagi logo ini pada jam 6 di dalam subdial. Bezelnya diperbuat daripada seramik hitam sekali lagi diletakkan garisan batas kuning memberi ciri elegan kepada jam tangan ini.
Jika kamu tertanya-tanya apakah maksud nombor 400 pada bezel, ia adalah simbol kelajuan 400km/h yang tak pernah dicapai dalam sukan Formula 1. Paling istimewa, imej topi keledar ikonik Ayrton Senna diukir pada pada caseback bersama-sama tulisan “SENNA SPECIAL EDITION”.
Bersama edisi terhad ini, TAG Heuer sekali lagi memperbaharui komitmen mereka terhadap sukan lumba kereta dalam cara paling halus dengan memberi penghormatan kepada legenda kejuaraan Formula 1, Ayrton Senna.
Apa pandangan anda?